Makanan Ini. Tidak Boleh Simpan Dalam Peti Sejuk.

Jadi kebiasaan di kalangan kita bila beli makanan atau ada makanan lebih, mesti simpan dalam peti sejuk dengan harapan supaya tahan lebih lama. Tapi tahukan anda, fungsi peti sejuk hanya membantu menjadikan makanan tahan lebih lama, bukan tepat menyimpan makanan. Jadinya bukan semua makanan boleh disimpan dalam peti sejuk. Kalau nak tahu apa makanan yang tidak boleh disimpan dalam peti sejuk? Berikut lima makanan yang tidak boleh disimpan dalam peti sejuk tapi ramai lakukannya.

KENTANG:

Bila kentang disimpan dalam peti sejuk, pati atau sari dalam kentang akan pecah dan menyebabkan tekstur menjadi seperti berpasir dan rasa tanah bila dimasak. Ia juga boleh menyebabkan kentang mentah mudah berkulat, tumbuh tunas atau busuk kerana sejuk. Cara terbaik simpan kentang adalah diletakkan dalam bekas kering dan di suhu bilik biasa.

BAWANG:

Tidak kira apa jenis bawang, ia lebih baik disimpan pada suhu bilik dan di dalam bekas yang terbuka seperti bakul. Jika disimpan dalam peti sejuk, suhu sejuk akan menjadikan bawang mudah busuk, berkulat dan bertunas. Jika ada lebihan bawang yang telah dikupas, bungkus dalam plastik, simpan dalam peti sejuk tetapi segera digunakan. Jangan dibiarkan lama dalam peti sejuk.

TOMATO:

Mungkin ramai orang tidak percaya tomato sebenarnya akan cepat busuk jika disimpan di dalam peti sejuk berbanding meletakkannya dalam bekas terbuka pada suhu bilik. Tetapi tomato tidak boleh disimpan lebih dari seminggu. Cara terbaik beli tomato ikut keperluan.

ROTI:

Roti bukan hanya tidak segar, malah akan lebih mudah berkulat jika disimpan dalam peti sejuk. Malah, tekstur serta rasanya juga akan berubah disebabkan udaara dalam peti sejuk. Lagi pun roti bukan makanan yang perlu disimpan lama. Jadi beli ikut keperluan.

MADU:

Jika anda simpan madu dalam peti sejuk terlalu lama ia menyebabkan madu menjadi seperti biji kristal. Sebenarnya selagi madu di dalam botol yang bertutup rapat, madu tetap elok di simpan di atas meja dapur, ia tidak mudah busuk atau sorak.

sumber : rasa.my