Apa Yang Kamu Perlu Tahu Tentang Okinawa Diet, Rahsia Hidup Lama Orang Jepun

Untuk pengetahuan anda, Okinawa adalah sebuah pula yang terletak di Kepulauan Ryukyu, Jepun. Ia dikatakan sebagai kawasan dengan jangka hayat paling tinggi di dunia. Purata mangia hayat rakyat Malaysia ialah 75 tahun manakala Jepun ialah 84 tahun dan penduduk Okinawa berumur lebih 100 tahun adalah 5 kali ganda lebih banyak berbanding kawasan lain di Jepun.

Berikutan jangka hayat yang tinggi, gaya hidup dan pemakanan masyarakat di pulau ini telah lama diperhatikan. Apa yang mereka makan, amalkan untuk hidup sihat sentiasa? Diet Okinawa mengambil perhatian terhadap semua makanan dan ramuan yang dimakan oleh masyarakat pulau itu. Bukan hanka jenis makanan, tetapi sikap dan disiplin yang dimiliki orang sana patut dipuji.

Tahukah kamu, mereka secara manta mengambil sebanyak 1,200 kalori sehari berbanding penduduk di negara lain yang kebiasaannya mengambil 2,000 kalori sehari. Walaupun jumlah kalori yang diambil adalah rendah, diet mereka dipenuhi dengan makanan berkhasiat serta bernutrisi tinggi. Sebab itu mereka masih boleh kekal sihat dan hidup lebih lama walaupun mengambil sedikit kalori.Kalau anda nak tahu, Tun Mahathir juga mengamalkan cara Hara Hachi Bu, di mana berhenti makan apabila perut sudah kenyang. Walaupun agak susah, tapi jika disiplin nescaya hidup lebih sihat dan bermanfaat.

All The Best!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *