Berubah hati kerana orang ketiga, suami bawa balik surat cerai lepas bekerja di offshore

Baru-baru ini, tular di laman Twitter apabila seorang warga setia laman tersebut berkongsikan tentang pengalaman rakan sekerjanya yang menerima surat cerai daripada suami sebaik sahaja si suami pulang dari tempat kerja.

Berdasarkan bebenang yang ditulis oleh wanita yang dikenali sebagai Zira itu, suami kenalannya merupakan seorang pekerja offshore. Mereka juga dikurniakan seorang anak lelaki hasil daripada perkahwinan yang dibina selama 7 tahun.

Sepanjang perkahwinan, wanita tersebut mendapat layanan seperti seorang puteri sekiranya si suami berada di rumah. Pendek kata, rumah tangga yang dibina menjadi begitu bahagia tanpa sebarang masalah.

Suatu hari, sewaktu suaminya pulang dari Labuan setelah berada di sana selama beberapa hari, isteri malang tersebut perasan akan perubahan yang terlihat dalam diri suaminya.

Ketika itu, buat pertama kalinya, si suami kelihatan sudah mula berubah hati dan tidak mesra seperti dulu. Tiba-tiba, lelaki tersebut meminta maaf kepada isterinya dan mengakui bahawa hatinya sudah pun dimiliki oleh orang lain.

Hancur dengan pengakuan tersebut, wanita itu mengurungkan diri di dalam bilik air dan tidak bercakap sengan suaminya sehinggalah lelaki itu pergi ke pelantar semula.

Kemudian, tanpa diduga, suaminya telah pulang semula ke rumah sambil membawa surat cerai untuk wanita tersebut. Si suami juga berjanji akan bertanggungjawab dari segi nafkah khususnya anak, rumah, bil-bil utiliti dan sebagainya.

Zira juga menegaskan perkongsian tersebut bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak, namun gadis itu berharap agar semua warga Twitter dapat mendoakan yang terbaik buat isteri yang bernasib malang tersebut. Meskipun telah bercerai hampir 6 tahun, wanita tersebut dikatakanmasih lagi belum redha sepenuhnya.

Sumber : Twitter Zira

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *