Saya ke ATM bank untuk transfer duit. Tiba-tiba saya didatangi wanita bertudung berkulit cerah minta tolong transfer juga.

Pada zaman kini zaman penuh cabaran untuk memantapkan ekonomi sendiri dan keluarga. ramai juga cuba ambil kesempatan ke atas orang lain. Ikuti kisah di bawah yang dibawaboleh beritakopak.org yang mana seorang wanita cuba ditipu di mesin ATM.

Peristiwa ini benar berlaku dan dialami oleh saya sendiri. Saya ke BSN untuk transfer duit kepada anak menggunakan mesin ATM. Tiba-tiba saya didatangi seorang wanita berkulit cerah, bertudung, lebih rendah daripada saya meminta tolong untuk bank inkan duit untuknya.

Lokasi: Bank BSN, Pt. Raja Johor.
Tarikh: 5/1/18
Masa: 11.25 minit pagi.

Saya ke Bank untuk transfer duit kepada anak menggunakan mesin ATM. Tiba-tiba saya didatangi seorang wanita berkulit cerah, bertudung, lebih rendah daripada saya meminta tolong untuk bank inkan duit untuknya.

Saya kata “boleh” dan tak syak apa- apa sebab di Bank selalu ada orang minta tolong macam tu. Ketika saya sedang memindahkan duit ke akaun anak, perempuan itu sebanyak 2 kali menganggu saya dengan cuba membaca no acc miliknya. Saya menyuruhnya bersabar kerana urusan saya belum selesai.

Bila selesai, saya minta no. accnya, dan saya sempat melihat di tangannya ada handphone (no.acc ada dln ws hpnya) dan bersamanya dipegang duit rm10 (lebih kurang dalam 7 keping). Saya terus menekan no acc yang dibaca oleh wanita teresebut, tetapi saya perasaan no acc itu banyak, tangannya mengigil dan bibir bergetar. Terfikir juga saya kenapa? urusniaga gagal kerana Betul no acc salah

Saya bagitau no acc salah. Wanita itu meminta saya masukkan duitnya ke cimb pulak. Saya kata, kalau cimb kena pergi bank cimb. Masa tu juga wanita tersebut, meminta no tel saya, dan saya tanpa fikir panjang, terus bg no tel. Kemudian wanita itu seolah2 mahu mahu menyerahkan duit beberapa puluh ringgit itu kepada saya dan minta saya bank in kan….saya kata ..mana boleh, akak kena pergi ke bank. Akhirnya wanita itu pergi. Saya pun keluar mengikutnya dari belakang dan saya nampak wanita itu menaiki kereta toyota wish warna gold model lama. Dan ada pemandu, tapi saya tak jelas wajahnya.

Lepas wanita itu pergi, lutut saya terus mengigil, hati berdebar2 yang tak pernah saya rasa. Saya jadi kalut hingga selipar anak kecil saya terjatuh longkang. Saya terus balik ke rumah dengan perasaan berdebar. Sampai di rumah, saya ceritakan pada suami dan minta dia bacakan ayat2 al quran sbb saya sangat berdebar. Saya syak wanita tadi bukan berniat baik. Adakah saya kena pukau?… alhamdulliah saya masih selamat.

Selang 10 minit wanita itu ws saya..seperti yang dijangka memang nak menipu. Dia meminta saya menolongnya untuk memindahkan duit dari acc saya kepada kawannya. Nanti dia akan ganti balik, malam nanti. Dan siap bertanya rumahnya di mana?.

Sahabat2 berhati2lah, orang ni masih bebas di sekitar Pt.Raja. Perkongsian ini untuk kebaikan bersama. Alhamdulliah Allah selamatkan saya. Nak keluar rumah jangan lupa baca ayat 3 Qul dan ayat Qursyi, hembus 4 penjuru badan. harap jd panduan bersama.. Berjaga-jaga yer , modus operandi ni di percayai dah merebak ke serata semenanjung Malaysia. Pesan kepada keluarga dan kawan-kawan.

Artikel ini tidah tahu sejauh mana kebenarannya tapi apa salahnya kita berhati-hati dalam apa jua yang kita lakukan setiap hari. Semoga menjadi manfaat kepada kita semua.

Sumber : beritakopak.org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *