Punca Rezeki Datang Tanpa Diduga, Bila Isteri Makan Dari Tangan Suami Dia Akan Rasa Bahagia

Bila masuk bab suap-menyuap ni, rasa kita kali terakhir makan suap-menyuap adalah sewaktu makan beradab. Selepas itu, tiada lagi adegan suap isteri ataupun suami ketika makan dengan alasan, malu.Malu orang nampak, malu anak-anak pandang.

Suami kena tahu satu perkara, bila isteri makan dari tangan suami, dia akan rasa bahagia. Masa itulah rasanya nikmat. Baca perkongsian penuh Ustaz Ebit Lew bagaimana rezeki masuk dengan amalkan suap-menyuap sesama pasangan.

AMALKAN SUAP ISTERI DAN ANAK MAKAN… INSYALLAH MURAH REZEKI KALIAN SEKELUARGA…

Semasa saya ditaman petang tadi, telah datang seorang lelaki. Kami pun berbual. tengah2 kami berbual, lelaki ni telah meluahkan perasaan. Katanya dia ada masalah. Lelaki ini menceritakan tentang kehidupannya dengan keluarga, kehidupan yang beliau hadapi sangat sempit dan tidak tenteram. Kata beliau, dia dan isteri sering bertengkar sahaja..

“Saya dah usaha macam2 dah bang, macam2 cara dah saya buat, Tak tahu nak buat macam mana dah” kata lelaki itu..

“Masa awk makan dengan isteri, awk ada suapkan makanan kat dalam mulut isteri awk tak?” saya tanya.

“Tak pernah bang, kalau saya buat, nanti saya dikatakan buang tebiat pulak” jawabnya.

“Awak pernah tak suapkan makanan dalam mulut anak2 awk tak?” Tanya saya lagi.

“Pun tak pernah, kenapa awk tanya macam tu?” Jawap lelaki itu lagi.

” Kalau awk nak tahu, Mak ayah kita dulu tak kaya pun, tapi kehidupan dirorang penuh dengan kasih dan sayang, rezeki mereka pun cukup je. Kehidupan mereka tenang dan berkat.

Tahu tak sebab apa? Sebab Allah janji kalau kita menghargai keluarga, rezeki bertambah.”

“Perasan tak sekarang? Dah banyak orang kita tak makan sekali dengankeluarga. Kalau ada pun, time makan tu masing2 leka main henset atau pun sibuk melayan tv. Allahu…”

“Awak percayalah la apa yang saya nak cakapkan ni, bila isteri makan dari tangan suami, dia akan rasa bahagia. Lagi2 kalau suami dia buat kerana cinta, kerana Allah, biar pun beberapa suap je, nikmatnya tak terkata. Kena pula isteri buat2 tergigit jari sikit. Hehe!”

“Awk pun tahu kan? makan satu bekas yang sama itu sunnah. Kalau awk nak tahu, saya dan keluarga makan satu dulang bila dirumah, kami 3beranak. Kadang2 tu anak dan saya berebut nak suap mak dia.”

Mulai hari ni, Cuba abang amalkan apa yang saya sampaikn ni. Percayalah la bang, Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Abang Kasihilah isteri dan anak2, nanti lihatlah bagaimana rezeki akan datang mencurah-curah”.

Selepas beberapa bulan kami terserempak dia pasaraya. Beliau meluru kepada saya.

“Terima kasih atas nasihat yang awak bagi dulu, saya buat apa yang awk cakap masa kat hospital dulu. sekarang saya nampak hasilnya, keluarga kami bahagia sangat2. Bila saya suap isteri saya dan isteri saya suapkan saya, kami terasa sangat nikmat. inilah antara nikmat dunia yang kami rasa..

Ya Allah, berilah kami terus dapat menikmatinya dan bersama dalam syurga.”

Mulai hari ni, Cuba korang amal kan apa yang saya sampaikn ni. Percayalah lah, orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Korang Kasihilah isteri dan anak2, nanti lihatlah bagaimana rezeki akan datang mencurah-curah”.

Sumber: pesonapengantin

10 Sifat Isteri Buat Rezeki Suami Mengalir Deras

Ramai suami yang mungkin tidak tahu bahawa rezekinya dengan izin Allah jadi semakin murah malah mengalir deras atas peranan isteri.

Memang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi dapat dijelaskan secara spiritual bahawa 10 karakter isteri ini ‘membantu’ menghadirkan rezeki untuk suaminya.

1. Isteri yang sentiasa bersyukur

Isteri yang sentiasa bersyukur atas semua kurniaan Allah pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya termasuk juga rezeki.

Bersyukur punya suami, bersyukur jadi ibu. Anak-anak boleh mengaji, bersyukur. Suami memberi nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberi kenikmatan sebagai suami isteri, bersyukur.

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan : bila kalian bersyukur, tentu Kami akan menambah (nikmat) padamu apabila kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (QS. Ibrahim : 7).

2. Isteri yang tawakal

“Dan barangsiapa yang bertawakkal pada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. ” (QS. Ath Thalaq : 3).

Bila seorang isteri bertawakkal pada Allah tentang rezeki, ketika dia tidak bekerja maka Allah akan mencukupkan rezeki dari jalan lain.

Mungkin tidak melalui dirinya boleh jadi Dia akan memberi rezeki yang banyak pada suami yang kemudiannya diberikan sebagai nafkah yang cukup buat dirinya.

3. Isteri yang baik agamanya

Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa wanita dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, kecantikannya, nasabnya dan agamanya.

“Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu beruntung” (HR. Al Bukhari dan Muslim).

Cuba kita perhatikan, tidak ada satu pun keluarga yang jika semuanya patuh pada Allah lalu mereka mati kelaparan atau kebuluran. Tapi bagaimana dengan seorang suami yang bergelumang maksiat tapi namun rezekinya lancar?

Boleh jadi Allah akan memberi rezeki pada isteri dan anak-anaknya melalui dirinya. Boleh jadi kerana takwa sang isterinya dan bayi yang belum berdosa, lalu Allah mempermudah rezekinya. Suami ini sebenarnya berhutang pada isterinya.

4. Isteri yang banyak beristighfar

Diantara keutamaan istighfar ialah mendatangkan rezeki. Ia dapat dilihat dalam Surah Nuh ayat 10 sampai 12.

“Maka saya katakan pada mereka, ‘Mohonlah ampun pada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan padamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (juga di dalamnya) sungai-sungai untukmu” (QS. Nuh : 10-12).

5. Isteri yang suka bersilaturahim

Isteri yang suka mengeratkan silaturahim, baik pada orang tuanya, mentua, keluarga serta teman-temannya pada dasarnya dia sedang membantu melancarkan rezeki suami. Sebab keutamaan silaturahim adalah dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya.

“Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahim. ” (HR. Al Bukhari dan Muslim).

6. Isteri yang suka bersedekah

Kita semua tahu tentang ganjaran bersedekah. Keutamaan sedekah itu misalnya dijelaskan dalam surat Al Baqarah, bakal dilipatgandakan Allah sampai 700 kali ganda. Dan ia boleh dilipatgandakan lebih dari itu menurut kehendak Allah.

Apabila isteri yang mendapat nafkah dari suami, lantas sebahagiannya digunakan untuk sedekah, mungkin tidak dibalas melaluinya.

Boleh jadi dibalas melalui suaminya. Jadilah pekerjaan suaminya lancar, rezekinya melimpah.

“Perumpamaan orang-orang yg menafkahkan hartanya di jalan Allah sama beserta sebutir benih yg menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) buat siapa saja yang dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha tahu. ” (QS. Al Baqarah : 261).

7. Isteri yang bertakwa

Orang yang bertakwa bakal menerima jaminan rezeki dari Allah SWT. Bahkan bakal mendapatkan rezeki menurut jalan yang tidak disangka-sangka.

Firman Allah dalam surat Ath Talaq ayat 2 dan 3.

“Barangsiapa bertakwa dalam Allah, nescaya beliau bakal mengadakan jalan keluar baginya serta memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (QS. At Thalaq : 2-3).

8. Isteri yang selalu mendoakan suaminya

Allah SWT adalah Maha Pemberi rezeki. Jadi jangan bersandar kepada usaha kita semata sebaliknya banyakkan berdoa memohon kepadaNya. Doakan suami supaya selalu mendapatkan limpahan rezeki berdasarkan Allah, serta yakinlah apabila isteri berdoa, Allah akan mengabulkannya.

“Dan Tuhanmu berfirman : Berdoalah kepadaKu nescaya Saya kabulkan” (QS. Ghafir : 60).

9. Isteri yang mengamalkan solat dhuha

Solat dhuha adalah solat sunat ganjarannya luar biasa.

“Pada tiap tiap pagi, lazimkanlagh atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah, tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah(sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha.” (HR Al Bukhari dan Muslim)

10. Isteri yang taat serta melayani suaminya

Salah satu kewajipan isteri pada suami adalah mentaatinya. Taat pada perintah suami selagi ia tidak bertentangan dengan suruhan agama. Apa hubungannya dengan rezeki? Bila seorang isteri taat pada suaminya, hati suaminya damai dan tenang.

Dalam keadaan ini suami akan lebih fokus, kreatif dan aktif. Ibadahnya juga lebih tenang, sekali gus rezeki mengalir lancar.

Sumber : Ustaz Iqbal Zain via media ohsem

Jika Anda Sukakan Artikel ini, Sila Kongsikan untuk Manfaat Bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *