Aku memang tidak puas hati dengan isteri aku. Aku syak dia curangi aku dengan lelaki lain. Aku mintak detail lelaki itu sering dia mengelak

Bagai dihempas dengan batu yang besar, sakit dan tenggelamnya aku di dada bumi, lemas dan tidak mampu bernafas bila isteri aku mengaku bahawa dia telah mencurangi aku. Aku cuba untuk menjadi sewaras – warasnya manusia supaya dapat mengawal api kemarahan yang semakin membuak – buak. Jika ku turutkan nafsu amarah dan sifat baranku ingin aku pijak – pijak dia yakni isteriku disitu juga.

Aku memaksa dia untuk memberi padaku segala detail lelaki itu supaya senang aku bersemuka dgn lelaki itu, namun isteriku tetap membisu. Aku merenung wajah polos isteriku, dia cantik dan manis orangnya walaupun tanpa secalit make up maka tidak mustahil jika ada lelaki lain yang cuba memikatnya.

Aku mencari dimana silapku sehingga dia sanggup curang padaku. Adakah sebab aku tidak beharta dan hanya bekerja biasa – biasa sahaja maka dia memilih untuk menduakan aku. Jauh benar untuk di bandingkan dengan lelaki itu, dia merupakan bos dan pemilik kepada sebuah syarikat pembinaan. Lelaki itu juga akui dia memang sayangkan isteri aku ini dan sudi mengambil dia menjadi isteri jika aku sudi melepaskannya. Aku hairan kenapa dalam ramai – ramai wanita single di luar sana, isteri aku juga menjadi pilihan dia. Dia kata isteri aku seorang yang penyabar dan tidak memandang harta.

Memang aku akui sepanjang 7 tahun kami menjadi suami isteri, dia telah banyak bersabar dengan tingkah laku ku dan sifat baran ku. Aku hairan kenapa bila berdepan dengan lelaki tersebut aku tiba – tiba menjadi lelaki yang penyabar. Dari awal nak jer aku pijak – pijak muka dia kelantai tetapi bila sahaja aku lihat dia, aku menjadi tenang dan kami berbincang dengan cara lelaki. Mungkin kerana lelaki itu halus budi bahasa dan raut wajahnya menandakan dia seorang yang ikhlas.

Dari asalnya mereka hanya berkawan biasa. Berurusan hanya atas dasar kerja. Kadang – kala kalau ada masa terluang dia akan membelikan isteri aku sarapan pagi. Memandangkan kadang – kadang dia melihat isteri aku menelan pil tahan sakit di sebabkan gastrik kerana tidak sempat minum pagi, jadi sebagai seorang kawan dia patut menghulurkan bantuan dengan membelikan sarapan pagi pada tiap – tiap hari. Kadang kala aku tidak sempat menjemput isteriku untuk makan tengahari jika aku di tugaskan kerja luar, maka dia dengan rela hati membelikan isteriku makanan tengah hari memandangkan isteriku menolak jika dia mengajak untuk sama – sama keluar makan. Maka dari asalnya kasihan maka hadirlah sayang. Namun bagi aku itu adalah satu alasan bodoh mereka untuk menutup kesalahan mereka. Semua itu kerana masing – masing gagal mengawal nafsu.

Hampir dua minggu aku dan isteri tidak tinggal sebumbung. Aku hantar isteriku dan anak – anak ke rumah orang tuanya. Aku minta diberi ruang untuk berfikir dan membuat keputusan samada untuk meneruskan ikatan perkahwinan kami atau untuk memilih jalan penceraian. Dia akur tanpa sepatah kata dan bersumpah selama menunggu kata putusku dia tidak akan menghubungi lelaki tersebut. Bergitu juga dengan lelaki itu, berjanji tidak akan menghubungi isteri aku lagi. Isteri ku sedikit pun tidak mendesak aku menceraikannya atau merayu aku untuk menerimanya kembali. Apa keputusan aku dia akan terima kerana dia tahu itu kesilapan dia. Cuma sampai sekarang dia masih membatu diam seribu bahasa tidak menyatakan padaku mana silapnya dan apa salah aku sehingga dia sanggup menduakan aku. Mungkin dia menyuruh aku mencari sendiri dimana silapnya. Aku bersyukur kerana hubungan mereka baru 1 bulan dan masih lagi menjaga perbatasan masing masing.

Sepanjang dua minggu ini aku menjadi hilang arah. Semua masjid dan surau aku masuk untuk mencari ketenangan. Aku tidak mahu kehilangan dia namun aku tidak mampu untuk memaafkan dia. Melihat gambar – gambar kenangan kami dan anak anak cukup membuat aku berhujankan air mata. Tujuh tahun usia perkahwinan bukanlah satu jangkamasa yang pendek. Pelbagai ujian dan rintangan kami lalui bersama. Suka duka di kongsi berdua. Kenapa dia sanggup menduakan aku. Ya Allah… Berat ujianmu kali ini tuhan. Keluarga aku mendesak supaya aku tinggalkan isteriku. Namun aku minta diberikan masa, bukan senang untuk membuat keputusan.

Seorang demi seorang yang bijak pandai aku temui. Namun masih aku tidak temui jalan penyelesaian. Pelbagai hadis dan tauladan mereka bacakan padaku. Aku masih buntu sehinggalah satu malam tu aku merayau rayau di tengah kota, aku disapa oleh seorang wanita yang sebaya dengan kakak aku.

“Akuu tengok kau macam tak terurus jer. Kenapa..? Bini kau lari dengan jantan lain ke..?”

Aku melihat wanita tu dari atas sampai kebawah.

“Ala kalau kau nak enjoy dengan aku pun boleh. 1 round Rm 50. Kalau bl*w j0b Rm 20. Aku ada port…”

Aku menelan pahit air liurku, wuduk masih basah di ubun ubun. Aku bangun dan membuka pintu kereta.

“Eh kau… Tak kan nak blah camtu jer.. Ok la… Aku tak kenal kau… Kau pun tak kenal aku… So aku ada byk masa terluang ni… Kau ada nak cerita apa -apa ke…?”

Aku terdiam.

“Kalau ada kau nak cerita. Ada nak luahkan aku blh jer dengar…”

Patut kah aku berkongsi kisah duka aku ini dengan wanita ini.

“Isteri aku curang dengan aku…”

Aku mulakan cerita… Dia merenung aku…

“Sebelum kau cerita tentang isteri kau… Aku nak tanya kau… Kau sayang lagi tak isteri kau.”

Dia mencelah.

“Sebab aku sayang dia lah aku jadi macam orang bangang ni. Kehulu kehilir takda tujuan. Aku sayang sangat dia sampai aku tak dapat buat keputusan. Nak aku terima dia aku marah sangat pada dia, nak aku lepas kan dia mampukah aku hidup tanpa dia…”

Mata aku mula hangat.

“Kau ckp kau masih sayang isteri kau, jadi bila dah sayang kau kena terima buruk dan baik dia. Kenapa dia curang dengan kau. Kau x cukup bagi bataang ke..?”

Dia ketawa besar. Mungkin dia geli hati dengan percakapan dia sendiri. Aku senyum sinis.

“Kalau tak cukup anak dah 3 kak oiii.”

Aku mula menyeluruh.

“kau dera dia kot. Mental dia… Fizikal dia… Nafkah batin mungkin cukup… Nafkah zahir..? Ada kau bagi…? Sakit pening di ada kau ambil tau…? Penat lelah dia ada kau perduli…? Ok…satu hari berapa kali kau tanya dia dah makan ke belum…?”

Aku menelan air liur yg mula memekat.

“Kau pernah curang dengan dia tak…”

Sekali lagi aku lemas diatas daratan, nafasku tersekat umpama tenggelam kedasar laut yang dalam. Allahu sesungguhnya itu lah jawapan untuk segala kebuntuan yang aku cari selama ini. Egonya aku sehingga aku tidak nampak mana salah aku. Aku hanya mencari mana silapnya dia.

“Aku pernah curang pada dia kak. Berkali – kali sehingga dia sendiri minta aku menikahi wanita itu. Mujur lah Allah itu ada, Dia membuka aib wanita itu di hadapan mata aku dan isteri. Namun dia memaafi aku tanpa menghukum aku. Dia biarkan kesalahan aku berlalu ibarat sungai yang mengalir. Aku baran kak. Setiap kata – kata aku kesat sekali bila aku memarahi dia kak.. Kadang – kadang salah kecil pun aku pukul bantai dia kak. Tetapi selepas itu aku pujuk balik. Ajak makan makan… shopping beli apa dia mahu… Memang aku tidak pernah membelikan dia sarapan pagi, tetapi aku bagi dia belanja yang cukup kak.”

Aku mula berterus – terang, walaupun pahit…

“Haaaa… disitu salahnya kau… kau fikir perempuan ni apa, suka – suka kau marah, suka – suka kau maki hamun lepas tu kau ajak berdamai dengan wang ringgit. Ada kau minta maaf dengan dia…? Sebenarnya aku tahu bini kau tu takda apa pun dengan jantan tu. Sekadar jadikan tempat berteduh jer bila mana rumah tangga kau di landa ribut taufan. Kalau kau tak percaya, cuba kau cerai kan isteri kau…! Kerat jari aku la kalau dia pergi ke jantan tu, kau salah dia maafkan, dia salah takkan kau x boleh terima…! Sekali hati tercalar ni dik… Sejuta ringgit pun tak mampu menutupinya. Kesan dia amat dalam. Maki hamun tu ibarat virus yang membiak dalam hati dia dik… 1 kali kau buat seribu tahun dia akan ingat. Dia cuma nak perhatian kau jer. Dia nak kau hargai dia jer… Aku ni perempuan… aku tahu apa yang perempuan mahu… Suami aku dulu pun ada harta jugak… Tapi siang malam asyik makan kaki jer… hidup tak serupa orang… Anak – anak jadi mangsa. Baik aku bawa diri. Kerja macam ni pun tak apa. Halal haram biar tuhan jer yang tentukan yang penting anak – anak aku kenyang. Bersekolah macam anak orang lain. Ada bapak kaki pukul sebelum aku dengan anak – anak jadi mayat baik aku berambus. Cuma rezeki aku belajar tak pandai. Camni lah kerjanya…”

Aku termenung panjang. Aku biarkan wanita yang aku kenali dengan nama Mira itu melambai – lambai setiap lelaki yang lalu lalang disitu dan tidak kurang juga ada mata menjeling tajam kearah aku. Patut la dia tenang jer bila aku minta dia tinggal di kampung. Rupa – rupanya itu yang dia mahu berpisah dengan aku dan lelaki itu hanyalah asbab nya semata mata. Allahu kenapa aku tidak terfikir semua ni… Dia amanah Allah kepada aku… Sepatutnya aku jaga dan lindungi dia… Bukan sakiti tubuh badan dan hatinya.

“Dia jugak bersalah kerana curang terhadap kau. Aku tidak kata tindakkan dia mencari lelaki lain untuk meluahkan perasaan sedihnya itu betul. Ramai lagi wanita di keliling dia yang sudi mendengar. Jantan ni pantang tengok rumah tangga orang bergoyang, mula lah nak kacau daun. Kononnya akulah hero. Nasib baik la dia dengan bini kau belum terlanjur. Mungkin bini kau tu selesa becerita pada orang luar yang bukan keluarga dia atau kau. Mungkin dia masih nak jaga air muka kau.”

Sambung Kak Mira lagi sambil menghidupkan sebatang rokok. Aku menyambut sebatang rokok yang dihulurkan. Perbualan aku dengan Kak Mira semakin menarik.

“Macam kau dengan aku sekarang ni laa… Aku yakin kalau dengan orang yang kau kenal… Nak ke kau mengaku salah kau.. Memang tidak la kan… Ibarat membuka pekung didada… Kalau tiap – tiap malam jumpa… Tidak mustahil kau boleh jatuh cinta dengan aku….”

Tersedak asap rokok aku mendengar kata – kata Kak Mira. Dia sambung ketawanya kali ini lebih kuat daripada yang tadi.

Kak Mira berhenti sebentar, aku tidak pasti samada dia menikmati tembakau Suria ataupun sedang mencari idea untuk berkata kata.

“Perempuan ni dik, berfikir menggunakan emosi. Lelaki pulak berfikir menggunakan akal. Kau pernah dengar tak perempuan dilahirkan dengan 1 akal dan 9 nafsu manakala lelaki pulak 1 nafsu dan 9 akal. Sebab tu talaq di letak ke tangan lelaki sebab lelaki ni fikiran dia lebih rasional berbanding perempuan. Sebab tu kau dengan bini kau masih bersama sehingga ke hari ini. Cuba kalau talaq di tangan perempuan. Aku rasa dah banyak kali dah kau jadi duda”

Dia ketawa lagi. Aku turut ketawa bila mendengar perkataan ‘banyak kali dah kau jadi duda’… Betul lah tu, tiap kali ada pertelingkahan antara aku dengan isteriku, dia pasti akan minta aku ceraikan dia dan waktu itu pasti tangan akan naik ke muka dia.
Allahu… Kasarnya aku melayan isteriku. Satu satunya wanita yang sanggup bekorban nyawa melahirkan zuriatku. Wanita yang sentiasa ada di sisi waktu aku sakit. Menemani aku di saat aku sedih. Sepatutnya aku pimpin dia ke jalan Allah. Bukan biarkan sama – sama hanyut mengejar dunia.

“Malam ni aku cutiiiii…aku lepak dengan adik ni…”

Tiba – tiba dia menjerit bila ada kereta berhenti di tepi jalan. Kemudian terus berlalu. Aku lepak dengan Kak Mira sehingga subuh. Macam – macam cerita keluar daripada dia bujang hinggalah ke lorong gelap ini. Aku ajak dia minum di mamak. Haru kalau – kalau ada kenalan yang nampak aku lepak di tepi lorong itu.

“Lepas kau solat… Kau pergi ambil dia dengan anak – anak. Mulakan hidup baru… Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Sebelum terlewat. Macam aku ni nasi dah jadi bubur… Dah tak boleh buat apa lagi dah..”

See first at iium confession via lobak putih

“Terima kasih kak atas nasihat akk dan saya akan cuba bina hidup baru bersama isteri dan anak – anak saya kak..”

Aku menyalami Kak Mira dan menyelitkan note 100 untuk dia dan anak – anak dia belanja. Maklumlah malam tu dia kan cuti jadi tak adalah gaji masuk… Aku ikhlas…

– Biarlah Rahsia. (Part 1)

Untuk part I, (https://iiumc.com/dia-amanah-untukku/).

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua… Semalam aku tak mampu nak type panjang2. Hanya sempat mengomel tentang kisah aku berjumpa Kak Mira sahaja, memandangkan byk tugasan yang perlu aku selesaikan. Maaflah kalau cerita ni agak panjang kerana aku tak pandai nak ringkaskan.

Pagi itu, sesudah aku berbual panjang dengan Kak Mira aku terus balik kampung, niat untuk menjemput isteri dan anak-anak. Aku ingin membetulkan segalanya dan memulakan hidup baru. Sebelum pergi ke rumah mertua, memandangkan kami sekampung, aku singgah di rumah org tuaku dahulu.

“Tak guna kau kutip betina tu, kalau dah anjing makan bangkai, bawa masuk istana sekalipun tetap bangkai yang di carinya.”

Ibuku mula hilang kepercayaan terhadap isteriku. Aku hanya membisu. Tidak berdaya untuk aku menerangkan situasi yang sebenar bahawa semuanya berpunca dari silapku. Aku yang gagal membentuk keluarga ku sendiri. Benar kata Kak Mira. Kita hanya mampu buka pekung di dada bila hanya bersama orang yang kita tidak kenali. Masih ego kah aku.

“Pergilah ambil dia, pergi jemput dia. Dia Amanah untuk kau jaga. Berdosa besar kalau kau tinggalkan dia macamtu sahaja. Kalau kau masih sayang dia kau ambil dia, jaga dia, ampuni dan maafi dia. Kita ni manusia tak lepas dari melakukan kesilapan. Kalau dah tak sayang, lepaskan sahaja. Ajak berbincang. Aku kenal dia macamna orangnya. Masa aku sakit, anak menantu lain pandang-pandang je aku ni. Dia…? Satu badan aku diurutnya. Tiap kali salam, dipeluk ciumnya aku ni. Aku sayang menantu aku tu… Ada silapnya dalam rumah tangga kau ni… Tuhan ketuk kau bagi kau ingat, bagi kau sedar, jangan kau alpa lagi….”

Ayah aku mencelah, muncul dari pintu depan. Baru balik surau barangkali. Ibu mencebik.

30 minit aku duduk depan simpang rumah isteriku itu. Mencari kekuatan dan keihklasan. Masa tu pelbagai bisikkan aku dengar. Ada yang suruh aku patah balik.

“Gantung jer tanpa tali, padan muka dia..”

Ada yang suruh aku teruskan…

“Alang2 celup pekasam biar sampai ke pangkal lengan”

Ada pula yang suruh aku ceraikan dia dan cari perempuan lain.

“Buat apa kau nk hadap lagi perempuan tu, bersepah perempuan lagi elok, lagi cantik, lagi bagus dari dia…”

Akhirnya aku menjerit sekuat hati bagi menghalang kata2 dan bisikkan2 hati dari terus mengganggu. Nasib baik dalam kereta dan semua tertutup, tiada orang yang dapat mendengar. Aku laungkan azan sekuat hati. Aku teruskan niat ku, apa nak jadi, jadi lah…

Setibanya aku di muka pintu rumah, aku lihat Jannah sedang menyuapkan anak sulungku makan. Ya aku namakan isteriku Jannah. Memang aku suka panggil dia Jannah sejak zaman sekolah lagi walaupun jauh dari nama dia sebenar. Dia bangun, ada sedikit kehairanan dari raut wajahnya. Aku salami dia walaupun dia agak kaku. Rindu betul aku kepadanya dan anak2. Anak2 menerpa kearahku dan memeluk aku.

“Mari balik sayang, abang nak jemput Jannah balik”

Aku mengusap ubun2nya dengan lembut.

” Eh2… Kau ingat anak aku ni apa.. Senang2 nk buang, senang2 nak kutip”

Asudah, mertua aku pulak melarang.

“Mak… Saya tak buang dia. Saya cuma tinggalkan dia untuk saya berfikir. Cari dimana silapnya….”

“Ewah2 senang jer kau cakap kan… 2 minggu kau tinggal anak bini, telefon takda, tanya khabar takda. Cari silap konon, dh jumpa silap sendiri, datang la ambil… Kalau anak aku yang salah, mesti kau campak macamtu jer kan…”

Mertua mencelah sebelum sempat aku habis berkata2. Suara mertua aku semakin tinggi. Aku lihat Jannah hanya tunduk membisu. Ada kemerah2an di raut wajahnya menandakan dia sedang menahan tangis. Aku melutut di kakinya. Aku minta ampun, minta maaf di atas segala dosa2 aku. Mertua aku pandang dengan hanya hujung2 mata. Biarlah jiran2 tengok. Aku tak kisah lagi. Aku nak Jannah ikut aku balik.

“Kau nak bawa, kau bawa anak2 kau balik. Anak aku jangan berani kau sentuh.”

Marah benar mertua aku. Aku dah hilang arah. Jannah still membisu. Aku tak faham kenapa tiada kata2 keluar dari bibir kecil itu. Adakah Jannah juga mahu aku menceraikan dia. Tidakkah ada lagi perasaan sayang Jannah terhadap aku.

“Saya nak tinggal di sini lagi. Saya masih belum bersedia untuk balik lagi ikut abang.”

Akhirnya dia bersuara. Kering air mata aku tunggu dia bercakap. Kerasnya hati isteriku ini. Setitis air mata aku tak nampak mengalir dipipinya. Aku buntu, aku yakin jika dia masih stay di sini, pasti aku akan kehilangan dia. Aku mesti berusaha memujuk isteriku balik bersamaku. Aku kenal isteriku, dia tidak suka dipaksa.

“Tak apa lah kalau itu keputusan sayang… Cuma abang nak bawa anak2 jalan2 sekejab. Kalau sayang nak ikut, jom lah….”

Aku mula memasang jerat. Jannah dah serba salah kerana dia terlalu sayangkan anak2. Akhirnya dia bersetuju untuk mengikut aku membawa anak2 keluar berjalan2. Sepanjang dalam kereta, aku menggenggam tangannya erat walaupun dia hanya membatu. Aku cium tangannya bertubi2. Letak didada dan mengatakan aku sygkan dia. Aku bw dia dan anak2 ketempat2 kenangan. Aku tunjukkan anak2 sekolah kami dulu2. Tempat mulanya kami kenal, berkawan dan akhirnya bercinta walaupun anak2ku itu masih belum mengerti apa2. Aku nak bangkitkan kembali rasa kasih dan syg Jannah terhadapku. Last sekali, aku bawa Jannah ke tepi pantai. Tempat aku melamar dia jadi isteri aku. Waktu tu matahari dh nk tenggelam. Ikhtiar aku kali terakhir bila Jannah still juga membisu. Suasana petang tu memang romatik gila.

“……… binti ……. sudikah awak jadi isteri saya sekali lagi dan saya berjanji jika diberi perluang ke 2… Saya akan bahagiakan hidup awak dan mengubah setiap kekurangan menjadi satu kesempurnaan…”

Tiba2 Jannah meraung, menangis dan menjerit sekuat hati ibarat orang terkena sampuk. Anak2 yang sedang leka mengorek tanah berlari mendapatkan kami. Aku cuak lalu memeluk Jannah yang sedang meronta2 itu seeratnya kerana aku tidak pernah lihat dia dalam keadaan bergini. Jannah menangis… Meraung sekuat hati. Ada juga mata memandang. Ada yang datang bertanya. Ada yang hulurkan air minuman yang dijampi supaya Jannah tenang. Akhirnya Jannah layu kelesuan dalam dakapanku. Aku bw Jannah dan anak2 menginap di hotel.

See first at iium confession via lobak putih

Mertua dan ibu ayah aku call berkali2. Aku biarkan aje. Malam tu aku tdr dgn Jannah berpelukan… Sesaat pun aku tak lepas. Ibarat pengantin baru… Betul2 aku lepaskan rindu kesumat 2 minggu terpisah. Hasilnya…hehehe… Kami menerima kehadiran cahaya mata yang ke 4… Doakan kami yer… Tentang mertua dan ibu ayah aku… Nanti lah aku ceritakan yang penting, kalian tahu kelurga kami kembali bersatu. Nanti panjang2 ada yang kata novel pulak…

– Biarlah Rahsia (Part 2)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *