Ibu kejut ayah pkai kaki je pgi tdi. Allahuu. Ayh Terus Mengadu Pd Sy. Derhaka dah ibu tu pd ayah.

Salam admin.

Mohon hide profile saya ya. Saya belum berkahwin. Tapi saya cuma nak berkongsi kisah orang yang paling dekat dgn saya. Ibu dan ayah saya. Sebelum tu,saya nak mintak maaf,cerita ini sekadar perkongsian supaya kita sama2 boleh ambik iktibar.

Ibu dan ayah saya dah berkahwin selama lebih 20 tahun. Sepanjang 20 tahun ni,yg selalu saya nampak ayah saya sangat penyabar. Lumrah orang perempuan,memang suka membebel. Sepanjang perkahwinan ni,walaupun ibu saya membebel byk mana pun,ayah saya tetap diam.

Ayah saya tak pernah luahkan apa2 pada saya. Tapi pagi tadi tiba2 ayah saya panggil saya lepas ibu saya keluar pergi kebun. Ayah saya cakap yg dia betul2 terasa dengan ibu saya pagi ni. Saya tanya kenapa. Ayah saya cakap,ibu saya kejut ayah saya pakai kaki. Allah..kenapa ibu buat macam tu. Saya tahu. Walaupun ayah tak pernah bercerita,tapi kami anak2 selalu nampak.

Kami tak buta,dan tak boleh pekak kan telinga kami seolah2 kami tak tahu apa2.. Ibu saya seakan hilang hormat dengan ayah saya. Ayah saya sampai nak cari rumah lain,sbb dia taknak ibu saya terus jadi isteri yg derhaka. Saya tak sangka,selama ni saya ingat kalau saya buat2 tak tahu,”takpe..diorang dah dewasa,diorang tahu selesaikan masalah diorang sendiri”. Tapi saya salah. Sabar ayah saya dah sampai limit.

Orang selalu ckp yg tolong hargai isteri. Buat kebaikan dgn isteri. Tapi tolong lah ingat, buat baik juga pada suami. Ayah saya cakap, isteri dan anak2 tu anugerah tuhan. Sebab tu ayah tak pernah naik tgn dengan ibu dan anak2 dia.. Saya tak tahu mana silap nya sampai ibu saya bersikap macam ni. Ayah saya tinggal dgn mertua.

Saya selalu rasa yg mak bersikap mcm ni sbb dia ego, ayah marah mcm mana pun,dia takkan ada tempat lain nak pergi. Yg paling saya tak faham, perangai kuat membebel ibu saya. Kadang2 benda yg dia bebel tu benda yg kecik2 je.

Saya perempuan pun saya tak faham kenapa ibu bersikap macam tu. Satu lg, ibu selalu tinggi suara dgn ayah. Sambut ayah balik kerja tak pernah dgn senyuman apatah lagi segelas air. Saya takut hilang hormat dgn ibu saya.

Kepada isteri2 kat luar sana, hormati lah suami anda, walaupun buruk baik mana pun,dia tetap suami anda. Bukan isteri sahaja anugerah dari tuhan, suami pun anugerah dari tuhan. Orang perempuan cukup senang nak masuk syurga,tapi orang perempuan lah paling byk dekat neraka.

Ayah saya sampai cakap, derhaka dah ibu tu dgn ayah.. Saya rasa dalam rumah tangga perlu ada komunikasi. Tapi yg menjadi masalah nya, setiap kali ayah saya cuba slow talk, ibu saya takkan mengalah, ada aje yg dia tak puas hati.

Pendek kata, setiap apa ibu saya buat langsung tak boleh ditegur,kalau di tegur melenting. Saya tak faham, kenapa ibu saya jadi macam tu? Saya nampak dari dulu ibu mmg macam tu,tapi sejak akhir2 ni makin teruk perangai dia.

Maaf membebel panjang sgt. Akhir sekali,tolong doakan ibu saya terbuka hatinya supaya lebih hormatkan ayah saya. Saya selalu berdoa supaya one day kalau saya kawin,saya nak jadi isteri yg baik dan hormatkan suami saya. Saya taknak perkahwinan ibu dan ayah saya hancur.

Walaupun ayah byk kali ckp dgn saya, ayah dah takde apa2,harta tak ada,ayah cuma ada anak2 ayah. Ayah sabar sebab anak2 ayah,tapi ayah rasa sabar ayah dah sampai penghujung. Ayah ckp, “ayah dah cerita dkt along, so kalau one day ayah dah tak boleh bertahan, ayah keluar dari rumah dan tinggalkan ibu, ayah harap along faham.”

Dan saya cuma boleh cakap dekat ayah,”walaupun ayah tak cerita, along faham dan nampak.. along tak halang apa2 keputusan yg ayah ambik. Kalau itu yg terbaik utk semua.”.Terima kasih sudi baca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *