Setelah letak jawatan di TV3, Izwan Azir mulakan tugas ‘orang kuat’ untuk menteri

Setelah letak jawatan di TV3, Izwan Azir mulakan tugas ‘orang kuat’ untuk menteri

Dunia penyiaran dikejutkan dengan perletakan jawatan penyampai berita terkenal, Izwan Azir Saleh setelah 16 tahun menghiasi kaca televisyen menerusi Buletin Utama TV3.

Walaupun tidak mengetahui punca dia meninggalkan stesen penyiaran nombor satu negara itu, tetapi ada beberapa rakannya yang mendedahkan bahawa Izwan mendapat tawaran untuk menjadi setiausaha akhbar kepada seorang menteri.

Terbaru, Izwan ada memuat naik gambar bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ignatius Dorell Leiking di laman Instagram miliknya memberitahu dia sudah mula berkhidmat dengan menteri berkenaan.

“Saya diberi kepercayaan oleh Yang Berhormat Darell Leiking, ahli Parlimen Penampang yang dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri untuk menguruskan ehwal media di pejabatnya.

“Satu penghormatan untuk saya, dan walaupun segala-galanya kelihatan begitu baru dan kompleks, namun ia satu ‘fresh start’ dan saya bersedia memikul tanggungjawab yang diberi.

“Pasukan yang dibentuk @darellleiking terdiri daripada anak-anak muda gabungan Sabah-Semenanjung menjadikannya sebuah team dinamik dan bersedia untuk membantu menteri dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

“So wish me luck friends dan mari kita berusaha untuk masa depan negara yang lebih baik #newbeginnings #freshstart #publicservant #malaysiabaru,”katanya.

Rata-rata netizen memberikan komen pada posting tersebut dengan mengucapkan tahniah dan semoga kerjaya yang digalas akan lebih menyinar dan berjaya.



10 October lepas, Azwan juga ada memuat naik gambar bersama Datuk sekali lagi memberitahu telah genap 100 hari beliau berkhidmat ditempat baharu. Daripada orang asing yang tergaru-garu kepala dan sekarang alhamdulillah beliau semakin mendapat rental. Beliau juga bersyukur dikelilingi pasukan yang ade ‘chemistry’. Tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Datuk Darrel Leiking yang memberi peluang untuk dia mencabar kemampuan diri.

Apa- apapun kami mendoakan semoga beliau terus success.

Sumber: Ig izwanazirsalleh via Geng Joyah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *