Inilah lelaki yang menjadi pelakon lagak ngeri bagi The Rock sejak 16 tahun lalu. Seperti kembar seiras!

Pelakon Dwayne Johnson atau lebih dikenali dengan nama The Rock bukanlah calang-calang orang. Selain menjadi ahli gusti terhebat pada suatu ketika dahulu, The Rock kini bergiat secara aktif dalam bidang perfileman.Antara filem yang pernah dilakonkan oleh The Rock adalah filem sekuel The Fast and Furious, Skyscraper, The Tooth Fairy dan banyak lagi!

Namun, pada Mei yang lalu, nama The Rock dan pelakon pembantu yang sering melakonkan aksi ngeri dalam lakonan beliau iaitu Tanoai Reed menjadi sebutan hangat di internet.Penularan ini berlaku setelah Reed memuat naik sekeping gambar bagi menunjukkan penghargaan sempena meraikan hari jadi pelakon berkenaan dan membuatkan netizen menyangkakan The Rock mempunyai kembar!

“Saya harap saya kelihatan hebat seperti awak apabila saya mencecah 45 tahun dalam masa setahun setengah. Terima kasih kerana menjadi contoh terbaik bukan sahaja kepada saya tetapi kepada semua belia Polinesia dan juga belia, wanita dan lelaki dewasa dari seluruh dunia!”, dipetik daripada kapsyen Reed di Instagram beliau.

Reed dikhabarkan telah bekerja bersama The Rock yang juga merupakan sepupunya itu sejak 16 tahun yang lalu. Antara filem yang melibatkan gandingan mereka bersama adalah ‘The Scorpion King’ pada tahun 2002, ‘Central Intelligence’ dan juga ‘Jumanji’.


Sekali pandang, anda pasti tidak dapat membezakan antara kedua-dua individu ini kerana masing-masing memiliki ciri-ciri yang lebih kurang sama dari segi saiz badan, gaya di hadapan kamera, senyuman dan sebagainya!


Jika Reed berpura-pura menjadi The Rock dan mengambil gambar bersama peminat, pasti ramai yang tidak menyedari diri mereka tertipu dengan penampilan Reed.


Gabungan yang mantap dan menjadi dengan sangat hebat! Meskipun perlu berhadapan dengan pelbagai risiko, kedua-duanya sentiasa memberikan kerjasama yang baik bagi menjayakan sesebuah filem.

Semoga The Rock dan Reed akan terus menghasilkan filem aksi yang hebat di masa akan datang.

Sumber: Elite Daily, Huffington Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *