Satu malam,roomate aku kak nana bawa laki balik rumah,aku tak tahan dgr bunyi jelas dr dlm bilik suara kak nana

Assalamualaikum..Hai para readers IIUM Confession. Terima kasih kalau admin sudi approve confession aku. Aku malas nak intro panjang-panjang. So aku direct ja cerita. By the way, cerita ni sangatlah panjang, ni pun aku taip dalam ms word ada beberapa helai dah, dan lagi satu ini bukan cerita seram tau. Huhu

Macam korang baca tajuk aku di atas, Rumah Puaka. Sebab apa aku gelar rumah ni rumah puaka, sebab inilah satu-satunya rumah paling aku trauma nak ingat kejadiannya. Rumah tu meninggalkan kesan emosi pada aku. Mungkin bila kalian baca cerita ni sampai habis, rasa no feel or biasa-biasa saja. Tapi tidak pada aku. Mari aku imbas kejadian ni untuk tatapan baca kalian.

Tahun lalu sekitar bulan ogos, aku dimaklumkan oleh tuan rumah yang rumah aku duduki bakal tamat kontrak setahun pada bulan September. So tuan rumah sudah deal dengan sepupunya untuk mereka mengambil alih rumah tersebut. Mahu tak mahu, kami terpaksa cari tempat tinggal lain.

Memandang aku dan housemate berlainan tempat kerja, jadi kami bersetuju untuk mencari bilik yang berlainan untuk kami sewa. Bermula lah satu bulan tu aku iklankan di media social, yang aku mencari bilik sewa berdekatan tempat kerja.

Tak lama selepas aku mengiklankan pencarian bilik, ada seorang kakak berumur lingkungan 30 an menghubungi nombor yang aku iklankan, dia memberitahu yang dia ada sebuah bilik untuk di sewa, dengan harga yang berpatutan dan tanpa deposit. Aku tertarik dengan tawaran dia beri memandangkan aku sedang memotong kos-kos belanjawan ekoran banyak duit aku habiskan untuk raya pada beberapa bulan yang lepas. Lalu aku meminta izin datang ke rumah untuk melihat bilik tersebut. Dia pun mengalu-alukan kedatangan ku.

Dia aku gelarkan sebagai Kak Nana. Berumur 30 an, berasal dari Kuala Lumpur. Tetapi di sebabkan komitmen kerja, dia dihantar ke branch Sabah untuk memulakan tugas. Beberapa hari selepas dia menghubungi ku, aku datang kerumahnya. Pertama kali aku menjejaki rumahnya, aku rasa tertarik dengan suasana damai rumah tersebut, biarpun sekadar rumah apartment.

Tetapi dia menghias ruang tamu nya dengan begitu cantik sekali, macam rumah mewah gitu. Dia bawak aku melihat bilik dan dapur rumahnya, sekali lagi aku kagum dengan kebersihan rumahnya. Dalam hati aku,mengatakan aku dah jumpa bilik sesuai! Tanpa aku ketahui, aku tidak sepatutnya menjejak rumah tersebut.

Lagi menyenangkan aku bila Kak Nana memberitahu bahawa hanya kami berdua saja menginap rumah tersebut. Aku melonjak keriangan dalam hati sebab inilah suasana aku idamkan. Tidak crowded dengan ramai orang atau tidak perlu berhadapan dengan pelbagai ragam housemates.

Ya, yang perlu aku hadapi hanya seorang saja housemate. Kak Nana sudah berkahwin,tidak mempunyai anak dan terpaksa hidup PJJ dengan suaminya. Dia mengatakan suaminya hanya akan datang melawatnya sebulan sebanyak dua kali atau pun sekali. Aku mengiyakan saja.

Di penghujung bulan ogos, aku berpindah ke rumah Kak Nana. Dia siap offer tolong pindahkan barang-barang aku dari rumah lama ke rumah baru. Aku rasa aku bakal jadi kawan rapat kepada housemate baru aku ni memandangkan kami senang bergaul seperti kawan lama.

Pada bulan pertama dan seterusnya, aku okey dengan suasana rumah baru aku. Tapi tak lama kemudian, Kak Nana mula menunjukkan perangai sebenarnya. Kak Nana ni boleh aku kategorikan macam perempuan ala-ala boy sikit. Cara cakap dia tak berlapis, main lepas cakap.

Dan paling aku tak tahan, dia kuat smoking. Kadang-kadang aku tengah lepak kat ruang tamu, dia akan selamba ja merokok depan aku walhal dia tahu aku tak suka bau rokok. Tapi siapalah aku nak melarangkan? Aku ni dah la menumpang rumah dia, segala perkakasan hak milik dia.

Pastu aku nak lari dari situasi tu memang payah la, sebab Kak Nana paling semangat bercerita orangnya. So kalau dia dah datang bawak bercerita, memang sejam dua la kena hadap. Macam-macam trick aku nak lepas dari dia, Kadang lepas, kadang tak lepas. Mahu tak mahu, terpaksa la aku bermanis muka.

Lepas tu, barulah aku tahu yang Kak Nana ni memang ramai kawan lelaki. Siap bawak datang rumah lagi untuk lepak. Mungkin bagi dia, ini pergaulan bebas biasa yang dia amalkan dari tempat asal dia . Tapi aku rasa sangat tidak selesa. Dengan status dia sudah berkahwin, aku rasa tak patut dia melakukan sedemikian. Macam aku cakap, aku hanya menumpang sebuah bilik, seluruh rumah hak milik dia, masakan dia boleh menerima permintaan aku yang menolak kedatangan kawan lelakinya ke rumah. Silap hari bulan, aku pulak dia halau pergi.

Sesekali kawan dia datang lepak, aku boleh terima lagi. Tapi ini hari-hari kawan-kawan dia datang lepak, sampaikan larut malam. Adakala Kak Nana memperkenalkan aku dengan kawan-kawan dia, aku cuma sekadar lemparkan senyuman, bertegur sapa dan meminta diri masuk ke bilik untuk membuat kerja. Padahal aku mengelak dengan keadaan yang tidak selesa itu.

Pernah sekali, aku masak dan terus makan malam di bilik akibat ketidakselesaan aku kawan-kawan lelaki Kak Nana yang berada diruang tamu itu. Mungkin Kak Nana perasan cara aku protest tu, dan dia menyuruh kawan-kawannya pulang. Kak Nana siap bagitahu aku yang aku tak perlu risau dengan kawan-kawan dia, mereka bukan orang jahat. Aku hanya senyum .Tapi dalam hati aku, Lelaki tetap lelaki!

Hari demi hari, kawan-kawannya selalu bertandang kerumah. Tak kira masa pagi atau malam. Aku terus berkurung dalam bilik. Aku merasakan aku tiada lagi privasi dalam rumah tu. Hidupku balik kerja, terus berkurung dalam bilik melayan handphone sampai tertidur.

Bila suami Kak Nana datang rumah melawat dia, aku rasa ada tenang sikit la sebab sekurang-kurangnya ada lelaki pun kat rumah tu, lelaki yang sah kepada Kak Nana. Kak Nana siap warning kat aku supaya tidak menceritakan yang kawan-kawan lelaki dia selalu datang kerumah. Aku mengiyakan saja, malas nak masuk campur urusan rumah tangga mereka.

Tetapi kukirakan ada sedikit ketenangan bila suami Kak Nana datang kerumah, rupanya lagi ribut dari keadaan sebelum ini. Pernah satu kali suami Kak Nana tidur dirumah, mereka bertengkar pasal Kak Nana syak suaminya ada skandal kat KL, dan suami dia pun turut syak Kak Nana ada lelaki lain. Sejujurnya aku cakap, aku tak pernah menghadapi situasi pergaduhan besar suami isteri.

Tapi malam tu aku hadapi. Masa tu, aku dalam bilik. Bersiap untuk tidur, kedengaran suara mereka berdua berteriak dari dalam bilik. Aku merasakan emosi aku tidak stabil mendengar suara teriakan mereka berdua, aku rasa takut dan tidak tenteram. Mungkin ini lah anak anak rasa bila orang tua mereka bergaduh besar. Aku cuba menghiraukan keadaan diluar yang lagi hangat, tapi hati ku tetap rasa takut.

Kemuncak lagi bila Kak Nana siap lempar kerusi dan meja makan, kedengaran jelas diluar bilik ku memandangkan bilik ku dekat dengan meja dan kerusi makan. Ku kira habis segala perabot dan benda-benda diruang tamu Kak Nana hempas. Aku tak mahu masuk campur dengan keadaan genting diluar, biarlah mereka orang tua yang settle sendiri. Aku pasang earphone sambil dengar lagu dengan volume yang kuat sehinggakan tertidur.

Dalam masa 3 hari suami Kak Nana stay rumah tu, tiap malam-malam tu juga mereka bergaduh besar. Bergaduh bukan kat bilik, ini bergaduh kat ruang tamu. Segala isi pergaduhan mereka aku boleh dengar. Setelah aku amati, ini bukan rumahku syurgaku. Ini entah kategori rumah apa aku letak. Tak pernah sekali pun aku merasakan ketenangan setiap kali balik rumah setelah penat bekerja di office. Kalau boleh, aku taknak balik rumah.

Aku nak tidur ja terus kat office tu. Aku cuba untuk mencari bilik lain, tetapi tiada bilik murah yang berdekatan office. Ada pun bilik mahal yang mencecah ribuan ringgit,termasuk deposit 2 bulan dan utiliti. Aku takda duit sebanyak itu. Duit gaji aku cukup makan untuk menampung keluarga di kampung dan kehidupan bujang ku di Bandar itu.

Masalah ini cukup aku kongsikan dengan kawan perempuan officemate aku, dia pun tak dapat menolong aku dari segi tempat tinggal sebab dia pun hanya menyewa bilik bersama adik perempuannya. Aku pun tak mahu menyusahkan dia, cukup sekadar ada orang dengar luahan aku pun cukuplah. Baru 3 bulan aku tinggal bersamanya, tapi aku tidak merasa kententeraman seperti waktu aku masuk dulu. Ku kira ini dugaan ku, bersabar saja aku mampu pada ketika itu.

Drama suami isteri telah berakhir bila sang suami balik ke KL untuk bekerja, aku menarik nafas lega. Boleh lah aku tidur dengan aman. Sejak mereka bergaduh besar, tidur malam ku tidak pernah indah. Selalu saja terjaga terdengar teriakan gaduh mereka. Takkan mereka tidak merasa malu dengan aku ataupun jiran? Biarlah, urusan rumah tangga orang. Jangan diganggu. Kak Nana ada juga minta maaf kepada ku, pasal dia bertengkar dengan suaminya. Dia tak dapat kawal emosi, aku sebagai perempuan mengerti paham sajalah walaupun aku tidak tahu perkara sebenar mereka bergaduh.

Hari demi hari, aku jalani hidup sepenuhnya di bilik. Bila kawan-kawan lelaki Kak Nana datang bertandang ke rumah, aku cepat-cepat masuk ke bilik dan kunci.. Biarlah di cop sombong. Biarlah aku bosan duduk dalam bilik. Pernah sekali, Kak Nana kerja shift malam hari tu, then bila aku balik rumah, aku terkejut mereka tengah makan di rumah tanpa ada Kak Nana.

Kiranya hanya ada aku dan sekumpulan kawan kawan lelaki Kak Nana yang tengah menjamah makan malam. Aku tanya salah seorang dari mereka, mana Kak Nana? Mereka cakap Kak Nana pergi kerja malam. Dalam hati aku geram dengan Kak Nana, kot ya pun jangan la tinggalkan aku dengan mereka. Ya aku tahu, aku tak patut judge mereka. Tapi aku nak berhati-hati juga, jangan senang percaya lelaki hatta kawan sekalipun. Jadi aku pun pura-pura keluar lagi dari rumah untuk beli barang. Mereka siap pelawa aku makan malam sekali, tapi aku menolak.

Aku taknak masuk rumah selagi ada mereka, jadi aku pergi ke sebuah supermarket berdekatan rumahku. Dari jam 8pm sampai la supermarket nak tutup jam 10pm, aku kat sana. Pusing supermarket tu entah berapa kali tawaf sampai aku betul-betul mengantuk. Kemudian aku balik, aku check setiap bilik dan seluruh rumah, takut kot-kot mereka masih ada dirumah. Aku lega, dan cepat-cepat aku bersihkan diri.

Kan aku cakap kat atas yang Kak Nana ni smoking orangnya, aku ingat dia setakat level itu weh. Rupanya dia ni hisap benda terlarang. Aku tak tahu la benda apa tu. Dadah or syabu. Benda tu serbuk-serbuk putih. Tak tahulah jenis apa. Dia siap tunjuk kat aku lagi benda tu. Dan aku siap nampak lagi dia hisap dengan kawan-kawan dia. Patutlah dia tak tidur satu malam pun takpa! Segar memanjang~

Fuhh rupanya banyak dugaan selama aku tinggal sana, aku dari tadi taip sambil imbas kejadian ni, masih tak habis-habis lagi dugaan yang nak aku cerita. Nak buat dua part tapi alang-alang la kasi habis. Korang bertahan la ya scroll confession aku panjang lebar,terutama yang pakai handaphone. Okey aku sambung lagi..

Haa, yang seterusnya aku nak cerita, sampai aku lari dari rumah sebab tak tahan dengan perangai Kak Nana. Begini, Kak Nana ni tak suka ikan, dia geli dan jijik dengan ikan. Aku pulak memang suka makan ikan, silap aku jugalah sebab beli ikan masa tu.haha…Malam tu lepas aku siang, dan cuci bersih-bersih ikan tu, aku letak dalam plastik .Aku bubuh la dalam peti ais. Entah apa angin ribut Kak Nana rasa marah betul aku letak ikan dalam peti ais dia. Korang tahu dia marah aku macamana? Pukul 5 pagi weh dia datang ketuk bilik aku kuat-kuat!! Tok! Tok! Lepas tu,dia buka pintu bilik aku, dia direct sound cakap dengan aku..

“Lain kali jangan letak ikan dalam peti ais! Aku tak suka!“ Perghhh..aku dalam keadaan mamai baru bangun tidur sentap wei dengar dia direct sound! Aku just angguk masa tu sebab pukul 5 pagi wei! Jam loceng subuh aku pun belum berbunyi. Pastu dia hempas pintu bilik aku. Time tu juga aku menangis. Apa salah aku dan ikan aku..

Pagi tu, aku nekad aku nak pergi tempat lain. Aku tak nak balik rumah ni lagi. Aku rasa tak bahagia disini, aku tekanan! Cepat-cepat aku kemas baju setakat mana boleh aku bawak. Pagi tu, aku pergi kerja macam biasa. Aku mula pm kawan-kawan lain untuk menumpang rumah mereka bila aku balik kerja nanti. Ada sorang kawan ku sudi meminjamkan rumahnya. Dia pun tahu masalah yang aku hadapi, dan aku pun tahu dia ada krisis. Dia lagilah sadis, kena blackmail oleh bisnes partnernya. Jadi kawan ku tak berani tinggal dirumahnya dan dia lari stay rumah kakaknya.

Aku pada masatu tak pikir panjang, aku rela tinggal rumahnya daripada balik rumah puaka tu. Padahal krisis blackmail tu lagi bahaya, sebab orang yang blackmail kawan aku tu tahu kat mana rumah dia. Boleh jadi dia datang serang rumah tu, masa aku tinggal situ. Tapi aku amalkan doa ayat kursi dan 3 qul sepanjang disana. Syukur Allah memudahkan urusan aku.

Biarpun jarak rumah kawan aku hampir satu jam ke office, berbanding rumah puaka ke office aku cuma 15 minit. Aku rasa tenang tinggal dirumah kawan aku biarpun bersendirian. Tiada orang yang nak aku elak, tiada kedengaran suara suami isteri bergaduh, tiada ketukan kuat di pintu bilik.Tiada orang anti akan ikan ku.

Aku masa tu,kumpulkan segala kekuatan dan kesabaran aku. Orang sabar pasti disayang Allah. Aku cuba elakkan untuk bergaduh dengan orang. Aku refleksikan diri. Aku text Kak Nana, aku cakap aku balik kampung. Aku tak mahu wujudkan suasana dingin antara kami. Dia pun minta maaf sebab terbaran dengan aku. Aku cakap aku okey saja. Hampir dua minggu aku tak balik rumah puaka. Sejujurnya aku tak nak balik. Aku aman di rumah tumpangan.

Syukur saja kawan ku prihatin, dia langsung tidak mengenakan charges sepanjang aku tinggal dirumahnya. Dia cakap at least, ada orang tolong jagakan rumahnya. Tapi tiap-tiap hari juga kawan ku tanya keadaan ku, sebab dia takut orang yang blackmail dia pergi serang aku, yang dia ingatkan aku itu kawan aku.

Selepas 2 minggu, mahu tak mahu aku kena balik juga ke rumah puaka tu sebab aku malu nak duduk lama-lama kat rumah kawan aku biarpun free. Aku cuba kuatkan hati balik kesana, Masa balik sana..Kak Nana tegur seperti tiada pernah apa berlaku. Aku pun cuba berlagak biasa. walapun hatiku berbekas. Tapi tanpa aku ketahui, sebenarnya dia ada rancang plan lagi jahat kepadaku.

Setelah 5 bulan aku tinggal rumah puaka tu, kejadian ini lah sampai aku nekad nak berambus dari rumah puaka tu! Suatu hari tu,tombol pintu rumah kami terpaksa di tukar sebab kunci Kak Nana sampai patah tak boleh nak buka pintu. Tak tahu la dia segaja tukar ka atau kunci dia benar-benar patah. Jadi bila tukar tombol baru, aku pun tak dapat lagi kunci baru. Biarpun berkali-kali aku minta, dia cakap nanti dia bagi. Macam segaja.

Jadi malam tu sebelum aku balik kerumah, aku singgah la beli sedikit barang dapur dan beli kepak ayam panggang (sayap ayam panggang sabahan panggil) untuk makan malam. Kemudian aku beransur pulang. Dalam pukul 8 malam aku tiba di depan rumah, aku tekan loceng rumah minta dibukakan pintu. Biasanya Kak Nana atau kawan lelaki dia akan bukakan pintu kalau mereka ada dirumah. Tapi sunyi sepi. Aku cuba lagi tekan loceng, 10 minit pertama aku boleh lagi sabar..aku cuba lagi tekan.

Takkan semua tiada dirumah? Biasanya memerap lepak dirumah jak. Aku cuba call Kak Nana, tapi Kak Nana tak jawab langsung. Battery dahlah nak mati, power bank lagi tiada. Aku cuba pula call salah satu kawan Kak Nana. Kot-kot dorang keluar sekejap dari rumah. Dia pun cakap ada Kak Nana kat rumah, mungkin dia tidur kot. Aku cuba call berkali-kali, masih tak dijawab dan akhirnya telefon ku mati.

Aku cuba nasib lagi tekan loceng berkali-kali dengan harapan Kak Nana boleh dengar dari dalam rumah. 1 jam aku menunggu diluar rumah. Tangan ku tak henti-henti tekan loceng rumah dan ketuk rumah berkali-kali. Sampai aku terduduk lesu depan rumah. Dengan penat dari kerja, dengan belum makan malam lagi. Jiran-jiran pun lalu lalang hairan tengok aku duduk luar rumah, masa tu aku dah tak kisah orang pandang apa. Aku merintih dugaan apakah kali ini.

Bayangkan dari jam 8mlm aku sampai depan rumah, sampai pukul 10 malam belum dapat masuk rumah! Tangan ku tak henti-henti tekan loceng dan ketuk rumah bertalu-talu. Tangan ku menggeletar, perut ku pula minta di isi. Sudahnya, aku makan sayap ayam panggang tu diluar rumah. Makan dengan lahapnya. Aku sedih, aku ada rumah. Tapi aku makan diluar serupa tiada rumah.

Aku berdoa agar Kak Nana cepat bangun dan bukakan pintu untuk aku. Aku penat, aku nak tidur masa tu. aku dah imagine tilam empuk ku masa tu. Jam dah menunjukkan jam 10.30pm, memang waktu aku tidur pun.

Aku cuba pula pulas-pulas pintu, kot-kot boleh buka. Sampai aku cakap dalam hati, Ya Allah tolong la hambaMu ini. Kalau hantu tolong pun takpa, asal aku dapat masuk rumah. Entah apa aku merepek masa tu. Sebab aku betul betul letih duduk luar rumah. 2 jam setengah aku masih diluar. Aku cuba pulas tombol pintu, sebab tombol pintu tu masih baru jadi masih longgar sikit. Aku cuba pulas dan tolak tolak tombol tu, serupa macam pencuri aku masa tu. Di samping tu, aku tetap tekan loceng rumah untuk membangunkan Kak Nana yang sedang tidur.

Tombol pintu aku pulas pulas, tetiba keajaiban berlaku! Tombol pintu longgar dan pintu terbuka! Masa tu, aku rasa aku manusia paling bahagia pada saat itu! Pintu terbuka, aku rasa macam nak nangis. Masa tu dalam jam 11.20pm, aku mengucap kesyukuran 3 jam lebih aku menunggu diluar rumah. Akhirnya dari hasil aku sendiri pintu boleh terbuka. Aku rasa Allah dengar doa aku..Allah tolong aku malam tu. The power of Doa guys!

Buka saja pintu, aku masuk rumah. Korang tahu apa aku dengar? Kak Nana panggil nama kawan dia apis, sebab dia ingatkan apis yang masuk rumah. Oh patutlah dia tak bagi aku kunci, bagi kunci kat Apis rupanya. Kak Nana agak terkejut sikit mukanya, mungkin dia hairan macamana aku dapat masuk rumah. Sedangkan pintu berkunci.

Masa ni aku dah dapat hidu, ini macam plan Kak Nana segaja kenakan aku. Masa aku masuk rumah pun, dia sedang main handphone dan pintu biliknya terbuka. Takkan dia tak dengar aku tekan bunyi loceng rumah kan? Dan takkan dia tak perasan chat dan miscall aku berkali-kali. Masa tu aku tarik nafas panjang ja..Jangan cari gaduh..jangan.

Terserlah muka cuak dia tu, dia tanya aku macamana masuk rumah? “Pintu tak kunci kan???” dia kata. Aku balas ja, pintu kunci. Pastu aku terus ambil tuala dan pergi bersihkan diri. Aku dah takda tenaga nak jawab soalan-soalan dia masa tu. Saja aku tinggalkan persoalan di benak kepalanya.

Keesokan aku nekad nak cari bilik sewa baru, aku tak tahu apa lagi terjadi kalau aku stay lama dirumah tu. Mujurlah ada sorang kawan aku mengajak sewa sebuah rumah. Kawan yang aku kena blackmail, dialah yang ajak aku tinggal bersama. Dia tak mahu ambil risiko tinggal rumah lamanya, jadi dia pun cari rumah baru untuk dia tinggal. Dan aku bersetuju.

Kini dah 6 bulan aku tinggalkan rumah puaka tu. Aku hidup aman damai dengan housemate merangkap kawan baik ku sekarang. Setiap kali aku lalu kawasan perumahan tu, aku rasa trauma atas apa-apa yang berlaku pada aku ketika itu. Allah pupukkan kesabaran tinggi dalam diri aku.
Kini aku tidak lagi mendengar khabar tentang Kak Nana, biarlah dia dengan kehidupan dia. Aku tenang dengan kehidupan ku sekarang.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa aku tidak membalas perbuatan atau keluar awal dari rumah tu :

1) Kak Nana seorang yang licik, dia boleh mengenakan kau melalui orang lain. Dia kenal beberapa gangster. Dia pernah bagitahu aku, kalau dia tak sukakan seseorang tu, dia boleh balas. Aku tak mahu ambil risiko.

2) aku seorang yang sabar,selagi aku boleh sabar. Aku sabar. Aku tak tahu level tahap apa kesabaran aku ni huhu

3) aku bukan jenis suka gaduh-gaduh. Diam selagi mampu. Biar Allah yang balas.

4) aku bukannya tak mahu keluar awal, tapi aku betul-betul kurang dari segi kewangan masa tu.

5) aku tak ramai kawan, hanya beberapa individu saja yang ada tolong aku. Jadi aku hadapi sendiri.

Okeylah, sekian saja pengalaman aku yang tak seberapa ni. Mohon maaf ya kalau cerita ni terlalu panjang. Korang juga kan tak suka cerita tergantung. So aku habiskan dan susun ayat sebaik mungkin. Assalamualaikum dan terima kasih guys!

– Sabariah – bukan nama sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *