Bila buka handphone dia buat muka berlagak. Aku tak sangka apa yg aku jumpa bila buka WeChat Dia,

Assalamualaikum semua, tujuan aku menulis ni sebab nak share and sekaligus bagi peringatan pada kaum2 hawa yang lembut hatinya.Aku berkenalan dengan sorang lelaki ni melalui Twitter. Tak pernah kenal dia langsung pun sebelum ni. Dia kerap jugak mention aku and tegur2 tapi aku buat tak layan. Bukan menyombong, tapi alaa lelaki kan.

Kadang2 saja nak buat suka2 je test market dorang. Lama jugak la dia tegur2 sampai lah satu malam tu aku kesian so aku pun berborak la dgn dia thru dm. Mamat ni boleh tahan la taste aku jugak (setelah diteliti dp twitter dia yang selama ni aku tak pernah nak view) and aku pun borak mcm biasa dgn dia. Borak punya borak, banyak jugak dia tahu pasal aku, rupanya dia dah lama stalk aku.

Sampai lah kitorang bertukar num hp (setelah 3 hari berkenalan) and dia dah start cakap yang dia suka kat aku and blablabla. Dalam masa seminggu je kenal, dia nak aku jadi gf dia. Lepas 4 tahun aku single, kali ni hati aku terbukak nak bercinta balik. Takda la bercinta tapi rasa nak disayangi. Biasa la perempuan. Mula2 aku taknak, aku tolak dia. Dia keep on usaha pujuk aku sampai la aku kesian kat dia macam terhegeh2 je and aku bersetuju akhirnya. Aku belajar sayang/cinta kat dia.

Dalam tempoh 2-3 minggu perkenalan tu, dia nak bawak aku jumpa Mak dia. Aku tak setuju, gila apa baru kenal nak bawak jumpa Mak. Aku kata la rilek dulu jangan gopoh sangat, kitorang pun baru nak kenal2. Akhirnya satu hari tu, aku terpaksa jumpa Mak dia dalam situation terpaksa, di mana aku ambik dia kat rumah dia and Mak dia keluar kat pintu, takkan kau taknak turun kereta and salam orang tua tu ?

Bengang jugak la aku dengan dia masa tu, tapi dia pujuk dia kata sayang la serious bagai, aku cool down balik. Tapi bila aku suruh dia jumpa Ayah aku, dia elak2. Katanya belum bersedia pulak, eh?Cerita dia berpunca bila setelah 3 bulan hubungan kami, dia selalu cakap dia busy study and yes aku faham la. Aku pun pernah study. Dia ni jenis mana nak pegi buat apa semua kena report kat dia, aku lemas jugak mula2, macam budak2 bercinta, padahal dia setahun lebih tua dari aku.

Aku ikutkan jela sebab sayang and hormat. So bila asyik busy je hati aku rasa tak sedap. Aku rasa Allah ada kurniakan satu sixth sense terutamanya pada wanita2 lemah mcm aku ni untuk check hp dia. So malam tu kitorang keluar makan (oh ya nak bagitahu semua perbelanjaan dating aku support sebab aku dah kerja and dia masih study) kadang2 bila duit ptptk dia masuk, baru lah aku merasa dia belanja.

Tak kisah la, aku jenis kalau dah sayang, apa pun aku sanggup bagi (kecuali body). Masa makan tu, depan2 dia aku check hp dia and dia berlagak selamba (kononnya tak takut sebab tak buat salah) dan Allah tu Maha Besar nak tunjuk kat aku, dia terlupa delete wechat dia dgn perempuan mana entah, siap manja2 and sayang2 lagi (aku bukan tahap cemburu buta tak tentu pasal). So aku suruh dia explain and dia kata tu kawan dia yang ada masalah and dia patut tolong (bila aku ada masalah nak share dgn dia, dia kata jangan buat dia stress sebab dia nak study).

Lepas makan, dalam kereta (aku drive laju2) and aku mintak putus. Mula2 aku nangis tanya dia apa lagi yg dia nak semua aku bagi and siapa yang cari siapa at the first place ? Pastu bila dah cool down, aku mintak putus cara baik. Dia suruh berhenti tepi, dia sambung drive and dia pujuk aku (mintak maaf and taknak putus), aku kesian and setuju bagi dia second chance (walaupun masa tu rasa sayang dah turun ke 80% and rasa percaya hanya tinggal 20%).

Sejak tu, dia mula berubah. Dia mula jauh. Tapi bila aku mintak putus dia taknak lepas. Aku jumpa Mak dia, slow talk, and Mak dia suruh aku sabar and ikhtiar untuk kekalkan hubungan ni.

Aku pun cuba, ke sana sini dengan Mak dia, pegi masjid, solat dgn Mak dia, ponteng kerja sebab layan Mak dia, bawak anak buah dia pegi injection, semua tu aku buat sebab ikhlas, selain nak tunjuk kat dia yang aku sayang family dia mcm family aku.Satu hari, aku dah tak tahan, melalak depan Mak dia, akhirnya Mak and Kakak dia bawak aku jumpa seorang ‘Ustaz’ untuk berikhtiar. ‘Ustaz’ tu bekalkan aku satu minyak and suruh aku pakai setiap kali jumpa bf aku ni.

Mula2 aku pakai, tapi hati aku rasa tak sedap and bagitahu Ayah aku. Ayah aku suruh aku pulangkan minyak tu pada Mak dia dengan cara baik (Ayah aku tak percaya benda2 macam ni), and aku pulangkan, Mak and Kakak dia macam marah la sebab aku seolah2 tak menghargai usaha dorang.

Mak dia pun akhirnya bertindak sendiri, minyak tu dia sapu kat barang2 bf aku ni. Sejak tu, aku macam gila bayang, rindu setiap masa, setiap minggu mesti nak jumpa, aku yang jadi terhegeh2. Bf aku ni pulak makin lama makin menyampah kat aku.

Tengking aku, maaki aku. Kejap2 uguut aku nak putus. Tapi aku menangis and melutut kat dia jangan tinggalkan aku. Sepanjang tu, macam2 benda bodoh aku buat, Mak Ayah aku, aku lawan and tengking, kakak2 aku pun sama. Dah takda rasa sayang pada keluarga sendiri.

Masa2 aku hanya untuk family bf aku ni. Masa tu, aku sayang Mak dia lebih dari aku sayang Mak aku sendiri. Aku yang punya penakut ni, keluar rumah 3am, tidur dalam kereta depan rumah dia sampai ke pagi (sebab dia nak putus and taknak jumpa aku lagi).

Aku selalu tak tidur malam, ingat kat dia, menangis2, tatap gambar dia setiap malam. Hidup aku dah tak betul, belajar ke mana kerja ke mana. Aku separuh gila.

Pada malam 17/4/2018 aku dikejarkan ke wad kecemasan sebab tak sedarkan diri, aku overdose pil tidur, niat aku hanya nak tidur, takda niat langsung nak bunuh diri. Demi Allah. Sebab pil tidur, case aku dirujuk pada psikiatri. Masa kat hosp, family aku sorang pun tak datang melawat aku sebab semuanya fikir aku berniat nak bunuh diri, kecuali Ayah aku.

Dia banyak teman and habiskan masa dgn aku kat hosp, selain kawan baik aku. Berbalik pada case aku, doctor tak boleh terima statement aku makan pil tidur sebab nak tidur, dorang tetap fikir aku depression. Lepas discharge, aku kena datang aptment untuk sesi kaunseling and usia aku semuda 22 tahun, aku dah berulang alik ke JABATAN PSIKIATRI DAN KESIHATAN MENTAL hanya kerana cinta seorang lelaki.

Allahu Akbar, besar sungguh dugaan.

Lepas aku keluar hosp, bf aku layan aku makin teruk. Mak dia and family dia pun sama. Bday dia, aku pegi rumah dia nak bagi hadiah (aku call/ws/msg tak dapat sebab dia block num aku), Mak dia kata dia tak balik, dia kat campus ada assigment. Aku percaya sebab kereta dia pun takda dalam garage, tapi masa nak balik tu aku rasa tak sedap hati, aku pusing lalu belakang rumah dia, KERETA DIA ADA! Kenapa mesti park kat belakang ? Nak sembunyi dari aku ?

Maknanya Mak dia pun sama tak bagi aku jumpa dia. Benda ni (situation kejar mengejar and dia lari sembunyikan diri) berlarutan dalam beberapa minggu jugak. Bila aku call ‘ustaz’ yang Mak dia bawak aku tu, ‘ustaz’ tu maki2 aku. Ustaz ? Maki hamun ? Aku dah rasa ada benda tak kena.

Akhirnya aku menyerah, aku belajar lepaskan dia. Aku dah mula sedar ni bukan diri aku yang sebenar, aku bukan jenis kejar jantan macam ni. Bukan nak cakap besar, dalam masa 4 tahun aku single, berapa ramai lelaki yang nak serious dgn aku. Tapi dengan dia ni, aku hilang maruah aku sebagai seorang perempuan.

Aku balik rumah, aku mintak ampun pada Mak Ayah and kakak2 aku. Biasalah situasi nangis2 and Mak aku sujud syukur aku dah sedar, sebab dia kata dia kenal anak dia (aku) bukan berperangai macam ni. Aku willingly ajak Mak aku jumpa ustaz (ustaz ni orang2 Darussyifa’) untuk berubat (lupakan dia). Dalam masa tempoh berubat tu, sedikit2 aku hampir pulih.

Rupanya aku terkena ilmu sihir dari mak dia, buat aku gila bayang kat ex bf aku ni, and takkan tinggalkan family tu walau apa jadi sekalipun (Mak dia nak ikat aku sebab aku dah ada harta sendiri and kerjaya, boleh jamin masa depan anak dia). Terpempan aku dengar, takkan Mak dia sanggup buat macam tu, aku sujud satu sejadah dengan Mak dia, Mak dia peluk cium and tenangkan aku, Allah :'(

Alhamdulillah, dekat setahun, aku beransur pulih. Hidup aku dah macam dulu, masa aku banyak habis untuk family. Aku bahagia.Jadi aku nak ingatkan, kalau betul lelaki tu serious dgn kita, biar dia yang jumpa family kita dulu. Biar dia tunjuk ikhlas dia dulu nak memperisterikan kita.

Bila family kita dah okay and berkenan (mata orang2 tua ni lebih tepat) baru kita boleh fikir step seterusnya (jumpa family dia pulak and so on). Jangan tunjuk kita terhegeh2 pada pihak lelaki, kita perempuan masih ada maruah, tunjuk pada orang luar bagaimana Mak Ayah kita didik kita sebagai seorang anak perempuan yang menjaga maruah dan harga diri. Sekadar pendapat aku sahaja.

Sekian perkongsian aku.

– Ms Arora

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *