“Respect” – Netizen Kagum Dengan Layanan Baik Orang Thailand Pada Penyokong Malaysia

Seperti yang kita semua tahu, malam ini merupakan perlawanan akhir antara pasukan Malaysia dan Thailand, jadi sudah semestinya akan ada sedikit ‘perbalahan’ diantara penyokong skuad Harimau Malaya dan Gajah Perang.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian admin hari ini adalah kejadian ‘aneh’ yang terjadi sebelum perlawanan ini.

Fans Thailand, dia belanja air kat semua orang.

Ya lah, biasanya kalau bab-bab perlawanan lebih-lebih lagi di peringkat akhir pasti masing-masing akan tunjukkan ‘belang’ untuk mempertahankan pasukan mereka. Bahkan sampai berlaku kekecohan lagi.

Tapi kali ini lain, beberapa jam lepas dimana salah seorang penyokong Thailand siap belanja minum kepada semua fans-fans Malaysia yang dah tunggu berjam-jam lamanya dibawah panas terik.

Netizen kagum

Biarpun baru beberapa jam,ini telah meraih lebih 1,000 retweets dan like rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum. Kan bagus macam ni, harap malam ni tak tercetus sebarang kekecohan la ye!

AIR ASIA TERBANGKAN “EKOR” HARIMAU MALAYA

Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia menyemarakkan lagi kehangatan separuh akhir kedua Piala AFF 2018 menerusi penerbangan khas buat penyokong skuad Harimau Malaya ke Bangkok.

Menyedari kepentingan ‘pemain ke-12’ untuk menyuntik semangat pemain skuad kebangsaan bagi aksi bertemu Thailand, AirAsia mengambil inisiatif bagi membolehkan penyokong tegar negara, Ultras Malaya ‘menggegar’ Stadium Rajamangala malam ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Riad Asmat berkata, tawaran terbabit dicetuskan sebagai satu bentuk penghargaan kepada penyokong setia skuad kebangsaan dan berbesar hati untuk sekali lagi melaksanakan penerbangan khas selepas kali pertama dilakukan pada 2014.

“Inisiatif ini berdasarkan semangat kepada pasukan negara dan kita membantu mereka melontarkan sokongan memandangkan kita memiliki sumber yang boleh digunakan.

“AirAsia dan sukan sememangnya tidak dipisahkan jadi atas dasar ini juga kita gembira untuk memberi peluang ini khususnya kepada penyokong di belakang tabir yang tidak pernah berhenti memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelepasan Penerbangan Khas Ultras Malaya bersama AirAsia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), hari ini.

ANTARA penyokong pasukan Malaysia yang menyertai penerbangan khas AirAsia ke Bangkok bersama Ultras Malaya sempena perlawanan kedua Piala AFF diantara Malaysia menentang Thailand. – NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

ANTARA penyokong pasukan Malaysia yang menyertai penerbangan khas AirAsia ke Bangkok bersama Ultras Malaya sempena perlawanan kedua Piala AFF diantara Malaysia menentang Thailand. – NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Sebagai rekod, penerbangan khas itu menerbangkan seramai 160 penyokong tegar Harimau Malaya ke Bangkok pada kos lebih rendah iaitu dengan harga penerbangan pergi balik berjumlah RM349.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Lokman Hakim Ali mengharapkan lebih banyak entiti swasta dapat turut bekerjasama dalam membantu menjayakan pembangunan sukan di negara ini.

“Ini adalah satu kerjasama yang baik antara AirAsia dan KBS khususnya dalam memartabatkan atlet negara kita yang bertanding di peringkat antarabangsa.

“KBS melihat ini sebagai perkembangan yang positif dan saya yakin kehadiran penyokong ke Thailand akan menaikkan semangat pemain negara dalam mencari tiket ke pentas akhir Piala AFF 2018,” katanya.

Via lobak merah / BH ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *