Dua Tahun Hafal ABC, Alif Ba Ta Dan Nombor. Cara Ibu Ini Rangsang Otak Anaknya Cukup Mudah

Anak pandai, bijak bukan sebab genetik semata-mata. Ada banyak lagi faktor lain yang mempengaruhinya. Cuma bergantung pada ibu bapa rajin atau tak sahaja untuk melakukannya.

Kadang-kadang kita lihat anak kecil tak boleh nak fokus lama bila diajar satu perkara. Mereka lebih selesa nak main dan buat apa yang dia suka. Tapi waktu ini bila kita selitkan dengan aktiviti belajar sambil bermain, sangat berkesan.

Tak perlu nak paksa anak tapi jadi ‘silent teacher’.

Perkongsian dari Puan Ena caranya merangsang kecerdasan otak anak di usia dua tahun boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa yang masih tercari kaedah sesuai untuk jadikan anak kita bijak.

Jadikan “Silent Teacher” peneman anak (Boleh target tapi tidak memaksa)

Flash Card atau buku

Pada usia lingkungan 1 tahun dah boleh dedahkan anak kepada buku ataupon flash card.

TAPI INGAT ! Jangan memaksa. Set your mind anak masih kecil.. Jangan sekat kebebasan dia bermain.

Pertama.. belikan buku yang simple sahaja sebab first impression bagi anak2 adalah dia taknak mengenal apa yang terkandung di dalam buku. Tapi yang dia tahu adalah koyakkan atau buang. Its OK jangan marah dia.

Esok2 berikan lagi kepada anak. Anak masih koyakkan. Its OK jangan marah dia. Sampailah buku tu dah lunyai pon takpe.. This is learning for child. Tak kisah lah kalau dia tak suka berbulan2 atau setahun.

Percayalah.. one day, anak akan datang pada kita dengan bawa buku tu sambil tunjuk ini apa? Bila dia menunjukkan minat barulah slowly ajar anak.

Puzzle Play Mat (Alphabet or Number)

Sama juga konsep jangan memaksa. Sumayyah tak berminat pon dekat huruf pada puzzle ni. Pada usia setahun dia cuma keluarkan huruf tu dari puzzle. Lepastu campak ke merata tempat.

Jangan frust apa yang dia lakukan. Cuba lagi bagi sambil sebut “A”. Dia campak sambil buat muka bosan dengar perkataan “A”. Tapi percayalah sebenarnya dia dah simpan dalam otak perkataan “A” tu walaupun taknak sebut. Dalam masa setahun Sumayyah dah boleh pegang setiap puzzle sambil tunjuk pada ibu ini “A”. Dan huruf seterusnya.

Pastikan dia tidak hafal semata2. Tapi kenali apa huruf yang ditunjuk. Ibu uji dengan ambil huruf atau nombor secara rawak dan tanya kepada anak. Jika sebutan itu betul, maka memang dia kenal. Jika tidak, ajar lagi sampai dia kenal. Kalau boleh ajar secara rawak. Bila anak sudah cam, baru ajar ikut turutan.

Wooden Puzzle (Alphabet or Number)

Puzzle ni ena suka sebab ada blok. Jadi anak suka susun.

Lego Builder

Permainan ini memang sangat bagus sebab efektif untuk merangsang anak belajar perkara baru. Hari ni dia buat bentuk A. Esok dia buat bentuk B. Akan ada Innovasi di situ.

Selain itu, akan timbulkan kreativiti berdasarkan imagine oleh anak itu sendiri. Secara automatik anak akan berfikir untuk menyelesaikan masalah dari apa yang cuba dia lakukan. Anak juga akan jadi lebih confident.

Rainbow Balls

Bola ni ena beli 200pcs.. Memang puas hati Sumayyah baling2 dalam katil dia.haha.. Beli di Lazada juga. Harga ikut kepada berapa unit bola. Rate RM10-RM40. Boleh taip “Colourful soft plastic ball”. Selain anak seronok bermain, ajar dia untuk kenal warna yang ada. Sangat efektif untuk anak cepat kenal warna.

Bowling Set

Bowling ni sangat bagus ajar masa anak berusia 6 bulan. Kenapa ena pilih bowling? Untuk anak belajar sifat “SABAR” dan“FIKIR”.

Pada usia seawal 6 bulan ni bagus untuk melatih anak supaya susun bowling secara tegak. Kebiasaanya anak akan marah bila dia tak dapat susun bowling ni. Sumayyah sendiri asyik marah sampai tahap menangis bila kecewa dia tak dapat tegakkan bowling tu.

Hari2 dia praktikkan sambil marah dan baling bila tak dapat buat. Dalam masa seminggu juga lah baru dia dapat susun tegak sambil tepuk tangan :).

Buku Iqra’

Pada usia 1 tahun 11 bulan baru ena ajar sumayyah mengaji. Yang ni ikut kepada cara masing2.. macam ena ikut pada usia ni sebab sebelum tu ena latih dia untuk tidak mengganggu ena ketika solat.

Biasalah budak2. Apa yang ibu dia buat memang dia suka kacau. Dari dia kacau duduk dan berdiri depan sejadah, duduk kat pangku, jalan ulang alik sampailah dia dah faham untuk menunggu ibu selesai solat. (Sekarang cuma dia lalu jelah depan ena).

Pleaseee jangan marah dia ganggu kita solat. Sebab bila kita marah dia, automatik dia akan rasa tak suka. Apa lagi dia nak melihat dan belajar. Anak cuma nak rasa selamat di samping kita. Maka ajar dia untuk duduk di tepi. Insya-Allah dia akan faham nanti.

Sebelum mengajar Sumayyah ngaji, ena biasakan mengaji depan anak. Sumayyah pada mulanya memang kacau habis. Siap tutup Al-Quran tu tak bagi baca. Bagi dia lihat sehingga dia dah mula tak kacau kita mengaji.

Kemudian tengok kalau dia berminat untuk ikut serta. Ya Allah Sumayyah excited taw first time dapat buku Iqra’. Bersungguh2 dia ikut baca. Terharu pada bacaan pertama dia ikut sebut Alif… Ba.. Ta.. Sa..

Jangan push anak terlalu banyak. Tengok berapa banyak minat dia nak teruskan mengaji. Biasanya Sumayyah nak ngaji dalam tempoh 5-10minit je. Kejap kan? Yess.. ikut time dia. Jangan paksa dia kalau dah taknak. Esok cuba lagi. Sampai dia dah hafal.

Eye Contact (Sebut perkataan yang sama pada satu masa tertentu.)

Jika nak ajar anak pada satu perkataan, contohnya “EYES”. Sebut sekerap yang mungkin sampai anak berjaya untuk sebut dan ingat. Dalam apa jua proses pembelajaran pasti kena ada Eye Contact. Terutama bila anak respon kepada sesuatu, elakkan menjawab sambil main handphone. Anak sangat perlukan perhatian di saat dia inginkan kepastian.

Jangan push anak dengan sebut perkataan yang banyak dalam 1 hari untuk elakkan mereka keliru untuk ingat. Belajar perkataan basic sebara berperingkat.

Susu, air, makan, buka, tutup, sedap, nak, taknak, habis,dah, tidur, poo poo, angkat tangan, mandi, jom, bye2, salam dan sebagainya….
Ajar anak untuk kenal siapa dia, ibu, ayah, atuk, nenek dan saudara lain. 

Pastikan bila kita tanya dia siapa.. Dia tahu nama dia Sumayyah.

Menyanyi sambil menari.

Idea menyanyi ini adalah saranan daripada doktor apabila Sumayyah lambat bercakap dan pendiam. Kesan dari aktiviti ini Sumayyah cepat pick up banyak perkataan. Budak2 memang suka kan muzik. Tak kisahlah lagu apa yang penting boleh merangsang anak untuk menyanyi dan menari.

Pilih lagu yang penuh isi pembelajaran. Contoh paling basic lagu ABC, If you happy, One little finger dan sebagainya. Sebab sambil anak menyanyi, pergerakan badan itu penting untuk dia kenal apa yang disebut.

Sekarang Sumayyah mula belajar menyanyi lagu cina. Hari2 ena buka siaran kartun cina. Haha.. Tak sangka pula dia boleh ikut. Ibu lagi suka kalau Sumayyah boleh cakap banyak bahasa. Ammminn.. Semoga dipermudahkan.

Sumber: majalah pa&ma dan Puan Ena di blog https://tinynasweet.blogspot.com/2017/10/cara-berkesan-merangsang-kecerdasan.html?m=1&fbclid=IwAR0jr0Xzk3bQ9nphpEvCRn9qupV-Ty-QQX34FFpgAAKWhCK-UrOgAA6SCRk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *