Lepas Faham Sifir Turun Berat, Wanita Ini Amal Rebusan Epal Hijau Ganti Air Masak

Lepas Faham Sifir Turun Berat, Wanita Ini Amal Rebusan Epal Hijau Ganti Air Masak
Mudah rupanya buang kilo dalam badan bila mak-mak dah tahu sifir turun berat. Macam ibu ini, amalan minum air rebusan epal hijau dan serai antara asbab berat turun seperti yang dikehendaki.

Perkongsian Aifaa Batrisya ini memaklumkan berat badannya yang sebelum ini 96kg berjaya diturunkan menjadi 80kg. Walau bagaimana pun, Aifaa ada panduan sifir turun berat yang buatkan dia berjaya.

“Saya bermula bulan Ogos 2017.”

“Bagi saya yang berlemak ni, 3 bulan pertama, 96kg saya minum :

√ Air rebusan epal = 1.5 liter

√ Air masak = 3.5 liter “

Sifirnya : Setiap berat badan 20kg – 1 liter air diperlukan.

So berat badan saya 96kg. Jadi, saya perlukan 5 liter air setiap hari.

Lepas Faham Sifir Turun Berat, Wanita Ini Amal Rebusan Epal Hijau Ganti Air Masak

6 Bulan Amal Minum Air Rebusan Epal Hijau, Hasilnya..

Akuinya, air rebusan epal hijau dan serai ini diminum setiap hari. Dan ini juga sebenarnya resepi asli kempis perut dari Satun Thailand.

“Dah 6 bulan amal (ketika statusnya dimuatnaik) Berat saya dari 96kg now dah 80kg. But today is special day.”

“Coz member sekolah nak try juga. So koto bawa lebih la air ni ke sekolah dok pakat nak try. Kito wi la.”

Cara Buat Air Rebusan Epal Hijau Dan Serai

Air 1.5 liter
Epal hijau 3 biji (dipotong 4)
Serai 5 batang( dititik/dikatok nga ulu lesung)

Caranya:
1. Rebuslah bahan-bahan ni hingga menggelegak. Isi epalnya yang lembik boleh dipenyet-penyet jadi pati.
2. Tapis dan minum.


Lepas Faham Sifir Turun Berat, Wanita Ini Amal Rebusan Epal Hijau Ganti Air MasakLepas Faham Sifir Turun Berat, Wanita Ini Amal Rebusan Epal Hijau Ganti Air Masak
Syarat Lain Kejayaan Sifir Turun Berat Mak Mak

1. Makan tak payah skip. Makan seperti biasa cuma :
√ Tinggalkan minuman dan makanan manis.
√ Tinggalkan makanan berlemak dan berminyak.
√ Bila makan 1 pinggan tu wajib ade sayur, buah, nasi 1senduk dan lauk.

2. Jadual waktu makan saya :

7.30 pagi : breakfast

12 tengahari : lunch

3 petang : makan ringan-ringan je

6 petang : makan untuk dinner

Sebelum jam 9 malam : supper ada kadang-kadang ambil. Cuma biskut atau roti cicah air teh 0 panas.

10 malam : ready nak tidur dah. Sebelum tidur minum air masak 1 gelas dan tidur.

3. Exercise tu memang kena buat. Macam saya buat kerja-kerja rumah mop lantai, menyapu, then banyak lagi lah. Kemas mainan anak yang berbakul-bakul tu pun boleh berpeluh-peluh.

4. Masa buat kerja tu tak payah la on kipas bagai. Badan kita sendiri akan rasa berpeluh-peluh bila buat kerja mengemas-ngemas ni.

Lepas Faham Sifir Turun Berat, Wanita Ini Amal Rebusan Epal Hijau Ganti Air Masak

Fungsi Air Epal Viral Kak Ifah Sifu Slimcourse

Ini kelebihan air rebusan epal dan serai yang diamalkan Aifaa.

Fungsi:

#Keluarkan angin dalam badan. #Kempiskan perut #Menurunkan berat badan #Buat mudah kenyang #Awet muda #Kulit cerah #Mengurangkan kolestrol #Menghilangkan sakit badan/sakit urat #Sesuai untuk orang sakit lutut (amat disyorkan) #Menghilangkan sakit tumit. #Meringankan tubuh badan #Sesuai untuk lelaki dan perempuan

P/s: jom kito turunkan berat badan ramai-ramai… berjemaah lah kita.

Sumber/Foto : Aifaa Batrisya via mingguan wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *