SangSuam1 aku baik tapi Slps Beberapa Bulan Kahwin Aku Lakukan sesuatu pada dia yang buat aku terduduk menyesal

Aku mintak sangat admin page ni tolong approve confession aku. Benda ni boleh dijadikan pengajaran buat ister12 di luar sana.

Moga pengalaman dan penyesalan yang aku kongsikan mungkin mampu mengelakkan rumah tangga orang lain dari kemusnahan seperti rumah tangga aku.

Mintak maaf jika post aku panjang berjela. Aku ceritakan secara detail untuk difahami oleh semua.

Bismillah.

Aku masih muda, 26 tahun. Berasal dari keluarga berada dan suam1 aku anak tunggal juga dari keluarga yang senang. Sekarang ada seorang anak. Berkahwin semasa umur 21.

Salah aku sendiri aku berkahwin awal disebabkan aku terpengaruh dengan kebahagiaan dan kisah indah kawin awal orang lain. Jadi bila suam1 aku (esok jadi ex-suam1 ) ajak kawin aku terus bersetuju.

Padahal aku masih muda, mentah, noob, tak prepare dan tak study pun about what its like to be a WIFE. salah aku. Memang salah aku.

Salah aku sebab aku ingat berkahwin itu mudah, menjadi ister1 solehah itu mudah. Sekarang aku tahu menjadi solehah tu adalah benda paling susah aku pernah buat.

Selepas berkahwin aku teruskan pengajian aku yang bebaki setahun. Belum sempat konvokesyen aku dah bekerja. Mungkin rezeki anak masa tu.

Kerja aku pulak starting dah 3k. Bagi orang yang baru grad tinggi jugak la gaji aku. Suam1 aku pulak kerja biasa, technician. Memang gaji aku lagi tinggi daripada Suam1 aku.

Mula berkahwin memang kami dah problem. Aku fikir, this is normal since we dont know each other quite well. Main kawin je konon bercinta lepas nikah. Selama kami bergaduh, Suam1 aku yang banyak sabar.

Diamkan bila aku marah. Aku yang baran. Pantang salah sikit, sampai Suam1 aku mandi lama pun aku bising. Mula berkahwin niat nak menjadi ister1 solehah sangat tebal.

Aku pakai cantik depan Suam1 , lemah lembut, layan Suam1 macam raja. Ada la untuk 6 bulan pertama perkahwinan. Makin lama makin teruk perangai aku. Hari2 aku marah Suam1 aku.

Bila aku fikirkan balik dan muhasabah diri aku, kesalahan memang banyak pada aku. First, disebabkan gaji aku lagi tinggi dari Suam1 aku jadi ego.

Aku rasa aku boleh hidup tanpa Suam1 . Sewa apartment aku yang bayar semua, termasuk bil, ansurans kereta, makan, minum, susu dan lampin anak. Suam1 aku cuma setelkan insurans anak dan yuran taska anak aku.

So aku rasa i can live without him. Tapi aku salah. Sunyi nya hidup tanpa peneman. Walaupun Suam1 aku tak mampu dari segi kewangan, tapi Suam1 aku penyayang sangat.

Yes i can physically live without him, tapi aku tersiksa sebab aku dah kehilangan sumber kasih sayang aku.

Kesalahan aku kedua adalah i never believe in him. Suam1 aku ni memang suka berbisness. Tapi aku tak pernah memberi kepercayaan kepada bisness dia.

Aku rasa dia buang masa dan dia takkan berjaya buat bisness. Suam1 aku selalu cakap yang dia berbisness bukan sebab nak kaya tapi sebab ini sunnah dan dia nak tolong orang.

Bisness Suam1 aku pulak bisness consultant. Banyak consultation dia cas rm20-50. Bagi aku nak dapat untung celah mana kalau sikit macam tu. Suam1 aku cakap dia nak membantu sebab tu dia cas murah.

Dia pulak tak cukup capital untuk kembangkan bisness dia sebab tu bisness dia tak bekembang. Dia tak pernah mintak aku buat loan atau mintak duit aku sesen pun untuk bisness dia.

Ketiga aku asyik rasa macam aku adalah ister1 yang serba cukup. Aku asyik rasa sepatutnya Suam1 aku bersyukur dapat aku sebagai ister1.

Aku boleh la dikatakan ada rupa, kurus, berkulit cerah, kerja ok dan hari2 aku masak untuk anak n Suam1 siap bawak bekal lagi. Bab makan memang aku jaga. Aku masak special hari2. Sepanjang berkahwin aku tak pernah bagi Suam1 aku makan kicap n telur sahaja. Paling lekeh pun aku akan masak masak sup ayam.

Aku lupa yang tanpa Suam1 aku yang mudahkan kerja aku tak mungkin aku boleh masak untuk dia dan anak. Suam1 aku yang basuh pingan, vacuum rumah, basuh dan sidai kain (aku cuma lipat je), buang sampah, sediakan susu anak, bangun malam2 kalau anak nak susu dan macam2 lagi.

Ya aku buta. I kept saying yang apa yang Suam1 aku buat adalah tanggungjawab dia, memang patut dia buat apa yang dia buat. Sekarang bila dah terlambat baru aku nampak kebaikkan dia. Sumpah aku menyesal sangat sekarang.

Rumah tangga aku mula runtuh bila aku cek history phone Suam1 aku aku nampak dia google gambar lucah. Aku terus serang dia dan masa itu lah dia betul2 meletup kat aku.

Semua dia luahkan sedangkan sebelum ni dia cuma bersabar dengan aku. Disebabkan ego tercabar aku pun halau dia keluar. Thats the end of us, about a year ago. Tak pernah kami tido sebumbung selepas tu.

Lepas aku halau dia, dia balik ke kampung. Parents Suam1 aku pulak accident dalam perjalanan ambik Suam1 aku dari stesen bas. Sampai saat ni aku rasa bersalah sangat pada Suam1 aku.

Kematian parents dia menjadi kemuncak kebencian dia pada aku. Sampai saat ni aku menagis bila teringat benda ni. Kalau tak kerana aku halau dia, dia takkan balik kampung dan his parents might still be alive.

Bila parents dia meningal kesemua rumah sewa, tanah, barang kemas dan duit simpanan parents dia yang warisi. Suam1 aku memang kuat semangat.

Dia laburkan duit pusaka untuk bisness dia. Dalam masa setahun perniagaan dia bertambah maju. Aku cuba pujuk dia kembali pada aku. Bukan disebabkan dia kaya tapi sebab aku menyesal dengan perbuatan aku. Aku rindu sangat pada Suam1 aku.

Aku rindu dia peluk aku setiap malam sedangkan aku selalu membelakangkan dia. Aku rindu pangilan “sayang” pada aku yang tak pernah lekang dari mulut dia walau sekali sampai lah kami berpisah. Aku rindu dia sangat2 Allah sahaja yang tahu. Tapi dia dah tak ada perasaan pada aku. Pandang aku pun tak hingin.

Aku berharap kalau lah ada ister1 di luar sana yang mempunyai ego sama dengan aku, baran sama dengan aku, buta hati sama dengan aku, sedarlah sebelum terlambat. Jagalah “ego” Suam1 anda. Kalau rasa nak marah, ingatlah kembali budi dia pada anda. Macam mana kita rasa diri ini bagus, Suam1 tetap di atas.

Esok aku ke mahkamah untuk dia lafaz cerai. Doakan aku. – Nurul via IIUM by hotnews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *