Aku Nak Vlral Bengkel Melayu Ni Biar Semua Orang Tau! Aku Nak Repair Power Window Je Pun, Tapi Ni Pulak Yang Aku Dapat

Pada zaman sekarang ni,kereta bukanlah satu kehendak tapi boleh dikatakan sebagai keperluan bagi setiap keluarga.Paling penting kereta dapat memudahkan urusan kita jika hendak ke satu tmpat ke satu tempat yang lain,lebih-lebih lagi pada jarak yang jauh.

Paling penting bila sudah memiliki kereta penjagaan berkala perlu di titikberatkan supaya kereta dapat berfungsi dengan baik.Tapi biasalah ada kala kereta akan “meragam” minta tuannya untuk buat servis tambahan.

Begitulah jugak kisah yang dikongsikan oleh saudara Hamdan Abdul Manan yang mengalami kerosakan “power window” pada kereta beliau.Jom Ikuti kisah beliau
Aku Nak V|ral Bengkel Melayu Ni Biar Semua Orang Tau! Aku Nak Repair Power Window Je Pun, Tapi Ni Pulak Yang Aku Dapat
“Aku nak viral bengkel melayu ni biar semua org tahu apa yang aku alami. Semalam aku hantar kete kat bengkel ni untuk repair power window yang tak function. Bengkel ni nampak sebok banyak kereta dan pomen tu cakap tak sempat siap sebab dah lewat.

Aku terpaksa tinggalkan kereta dekat bengkel sebab power window dah turun tak mau naik semula. Takut kena banjir bila hujan turun terpaksa aku balik rumah naik grab.

Arini aku datang bengkel tengok diorang dah bg barai pintu kereta aku. Pastu pasang balik siap semua pomen terus bagi kunci kerete kat aku. Dah siap katanya. Aku tanya berapa kos?

MasyaAllah dia cakap, TAK PAYAH BAYAR.a.k.a PERCUMA Takde apa yg rosak dan diganti, pomen tu cakap cuma wayar switch longgar dan dia pasang balik bagi ketat jer.

Kalau kedai lain kompom kena PAW paling kurang 30-40 hengget sebab buang masa dia buat kerje, upah PARKING satu malam dalam bengkel lagi. MashaaAllah terbaik bengkel kereta Ni.So Aku menyeru Tolong la support bengkel orang kita, masih ada lagi yang jujur diluar sana.

Aku Nak V|ral Bengkel Melayu Ni Biar Semua Orang Tau! Aku Nak Repair Power Window Je Pun, Tapi Ni Pulak Yang Aku Dapat

Ni lokasi bengkel yang saya maksudkan.

FZ Auto Pro Servis

4, Jalan Utama 2/12, Taman Perindustrian Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor

03-8068 5479

https://maps.app.goo.gl/G21SP

Sumber: Hamdan Abdul Manan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *