“Gambar Azmin berlaga bibir ke pipi ku menjadi titik aku diceraikan”. Kini aku bergelar janda suci.

Aku diberitahu telah dipinang oleh seorg ustaz dan ibu bapa aku langsung menerima Aku hanya mampu menurut kerana bagi aku pilihan dan restu ibubapa adalah penting

Assalamualaikum. Nama aku mira. Aku berumur 26 tahun-1992. Cerita sangat panjang sebenarnya. Namun aku ringkaskan sedikit. Hari di mana aku convo di sebuah IPTA, Aku diberitahu telah dipinang oleh seorg ustaz dan ibu bapa aku langsung menerima Aku hanya mampu menurut kerana bagi aku pilihan dan restu ibubapa adalah penting.

Kami dididik dengan didikan agama sejak dari kecil. Bahkan telah khatam dan hafal beberapa juz. Pernah juga part time mengajar mengaji.

Entah kenapa, hati ini rasa gelisah, dan aku meminta pendapat ustazah, dia menyuruh aku agar sentiasa minta petunjuk dari solat wajib selain solat sunat istikharah yang aku buat. Waktu sangat pantas berlalu.

Semua persiapan diuruskan oleh keluarga dan aku tidak dibenarkan membuat 1 kerja dalam rumah termasuklah menyapu dan membersihkan katil aku sendiri. Aku dihantar ke spa muslimah, salon muslimah(cuci rambut), manicure pedicure dan everything yang perlu.

Baju2 pengantin hanya aku sewa sahaja. Bukan tidak mampu beli, namun aku rasa adalah tidak penting menyimpan baju pengantin walaupun hanya sebagai kenangan. Selesai akad nikah, barulah aku dapat melihat wajah suami aku.

Rasa tiba2 sahaja muncul dan rasa hiba itu ada. Aku peluk ayah ibu. Sungguh tak sangka. Selesai semua, suami bisik ke telinga, ”Cantiknya isteri abang”. Aku tersenyum bahagia.

Majlis kami tidak sebesar mana namun semua tetamu berpuashati. Tiada karaoke, cuma kompang dan lagu2 nasyid serta selawat bergema. Tazkirah selama sejam selepas asar. Semua berjalan lancar.

Pada malamnya, pakcik suami dikejarkan ke hosp dan berada di wad ICU. So malam tu kami tidur di bangku hospital dengan inai yang merah di jari. Suami pegang tangan dan peluk bahu aku, ”abang minta maaf”. Aku hanya membalas, its okay abang.

Malam kedua, baru ada masa berdua dan membuka hadiah yang ada. Bahagianya menerima hadiah. 1 persatu dibuka. Tiba ke hadiah yang diberi oleh sahabat baik ku, kotak kecil. Namun kad di atasnya tertulis (from Azmin to mira).

Aku sangat kenal dengan kotak tersebut. Aku memang sangat pasti hadiah tersebut dibawa oleh kawan baik aku sendiri!! Kening suami berkerut. Masakan tidak. Semua hadiah tiada nama melainkan ucapan yang tertera.

Suami mula membuka, dan melihat beberapa keping gambar (gambar semasa camping di U dulu, act gambar my ex bf menciium pipi aku, tapi yang tu secara spontan. Waktu tu juga kami break up. Dan beberapa gambar yang aku rasa kawan aku edit. Bcause she is really pakar.

Aku tak rela pun masa gambar tu dia snap!) Sehingga sekarang aku tak sangka kawan baik aku sendiri hancurkan masjid yang baru dibina. Suami aku sgt kecewa. Pipi aku pernah diciium tanpa aku rela, tp aku tak pernah disentuh lg.

Aku menangis merayu dan menjelaskan. Namun ego suami aku lebih tinggi. Dia sanggup ceraikan aku! Aku rasa trauma, depressed, badan susut mendadak. Beberapa bulan aku asingkan diri dari keluarga. Namun keluarga dapat hidu akhirnya, dan sgt kecewa.

Kerana ex suami menceritakan yang lebih, yang aku tak buat. And now, aku dah move on. I have my own money, my own car, keja di syarikat telekomunikasi. Ex suami dah kawin dengan kawan baik yang tak baik dan skrg dah ada anak 1.

Aku dapat berita anak tu bukan anak ex suami. Dia jadi pak sanggup. Tahniah dan terima kasih kerana menjadikan aku janda suci. Dan aku mencari bakal suami yang mampu terima aku seadanya.

Bagi lelaki yang masih bujang, tak pernah bercinta lagi, bukan suami orang, boleh membimbing, ego tak setinggi gunung everest, sila komen dan aku akan minta pendapat abang aku bagi sesiapa yang dia nak.

Kita tidak boleh menghukum seseornag itu tanpa kita selidik punca sebenarnya. Semoga cerita ini menjadi pengajaran bagi sesiapa yang ingin medirikan rumah tangga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *