Jurufoto wanita ini dedah sikap sebenar Shukor dan keluarganya yang mungkin ramai tak tahu

Menerusi perkongsian daripada Maizurah Ariff, antara jurufoto yang pernah merakam momen indah Syukor bersama kerbaunya, Maizurah memuat naik perkongsiannya di akaun Facebooknya mengenai Syukor dan keluarganya sepanjang pemerhatiannya.

Maizurah ketika dihubungi Kampus Uols memberitahu bahawa dia adalah junior kepada jurufoto Nazri Sulaiman, jurugambar yang menjadikan Syukor dan haiwan peliharaan ayahnya sebagai subjek yang dirakam hingga terpilih sebagai penerima ‘Street/People Photographer of The Year 2018′ oleh Asian Geographic-Image of Asia 2018’. Minat dalam bidang fotografi sejak lima tahun lalu menyebabkan dia menyertai trip #fotoohsem yang rata-rata terdiri daripada jurufoto wanita.

Ikuti perkongsian Maizurah Ariff.
Apa yang dapat saya rumuskan mengenai adik Syukor …

1. Budak dan anak yang sungguh istimewa dianugerahkan jiwa yang amat menyayangi haiwan ( not our ordinary pets ok! ) … tak kira la kerbau ke, kambing jantan ke, ayam jantan ke, semua dia buat kawan dan bukan lawan.

2. Murah dengan senyuman.. paling seronok kalau shoot dia tengah berangan or a candid shot. Cara dia interact with them .. memang unik.

3. Keluarga Syukor ni … Amat pemurah, very warm , very hospitable walaupun baru pertama kali jumpa.. habis buah dokong kat pokok Pak Khamis jamu kat kami.. buah tu pun manis macam keluarga Pak Khamis ni. Sporting jgn cakap la kan.

4. Adik Syukor ni bijak orangnya .. led a very simple life. Langsung tak heran dengan gadget ! It was more fulfilling for him to spend time with his family and his mini zoo.

5. Terima kasih pada rakan2 yang memberi peluang Dan ruang mengenali adik istimewa ini Dan keluarganya…boleh la repeat lagi eh Zanariah El Dedeque Muhd Isa-isa Eon ..

6. Tujuan upload gambar ni pun.. bukan nak glamour .. tapi nak share pasal adik Syukor Khamis – Kampong Boy yang sangat ‘rare’ .. indeed he is ‘Mowgli Malaysia’ . Tahniah juga pada Nazri yang Berjaya menjulang nama adik ni and gambor masta memang power !

7. Sekian , jom solat hehe

Peace yawww ! #syukorkhamis #mowglimalaysia

*Syukor Khamis, 14, merupakan remaja dan pelajar SMK Padang Midin yang kini menjadi tumpuan ramai ekoran gambarnya bersama haiwan ternakan tular selepas memenangi anugerah antarabangsa diibaratkan sebagai satu dalam sejuta dan anugerah ALLAH SWT kepada keluarganya.


Patutlah ramai yang memuji Syukor dan keluarganya. Memang luhur dan budiman. Paling menarik tentang Syukor, dia bijak dan simple orangnya dan langsung tak hairan dengan gajet. Syabas Syukor! Semoga selalu dalam lindungan-Nya.

Menceritakan kembali saat dia mengambil gambar Syukor dan kerbau-kerbau peliharaan ayahnya September 2018 lalu ketika berkunjung ke Terengganu, Maizurah akui terpaksa memberanikan diri, walau agak takut juga. Ye lah, kan. Haiwan tersebut tetap haiwan yang bila-bila masa sahaja boleh menanduk kita sekiranya ada perkara yang tak kena padanya. Jadi, keselamatan tetap harus diutamakan. Ikuti perkongsian Maizurah. Lucu juga melihat aksi-aksinya ketika cuba-cuba untuk mengusap haiwan itu. Tapi reaksi wajah dan senyuman Syukor paling win pada gambar pertama di bawah!

Berani dalam takut.
Ni alkisah semasa photo outing bersama Syukor Khamis – Kampong Boy serta kawan Dan bapa beliau

Walaupun nak tangkap gambar kerbau2 yang banyak tuh .. keselamatan kita kena jaga juga .. jgn asyik nak shoot.. semua kita nak redah , pandang kiri kanan , orang lain nak shoot gak (jgn bocorkan komposisi fellow photographers), hati Dan mood kerbau kena tengok gak.. sekali kalau dia fed up and sondol .. nasib la kau labu. They are only familiar with their caretakers , so jgn nak tunjuk berani sgt. Guna peluang yang ada sebaik mungkin.

Usap juga walau takut.
Gambar gambar ni di shoot oleh Muhd Isa-isa Eon and jeles kelihatan… hakak kecut perut gak bila dah dekat dengan byk2 kobau tuh. Tapi ini peluang. Bila Pak Khamis tanya, sapa nak usap kobau2 ni.. dia teman kan. Apa lagi , terus angkat tangan … camera semua cabut pass kat kawan2 ( sebabnya if anything happens , senang nak cabut haha )

Habis tee shirt Pak Khamis tu hakak tarik hahaha sebab takut. Kaki dah tenggelam Lumpur tapi hati tu nak gak usap. Muka cuak takleh nak control.

Tetap tarik baju, malang tak berbau. – SINAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *