Kerja Pramugari Pakai Sksi,serve arak dan layan lelaki atas alasan kerja. Aku seronok tapi rasa kosong.

Gambar sekadar hiasan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Terima kasih admin jika cerita ini disiarkan. Hi readers out there, just a simple introduction of me, i’m Rita, 25 years old and currently working as a stewardess for one airline company in Malaysia.

Hampir 3 tahun bergelumang dengan kerjaya ini yang asalnya terbit daripada minat, aku nak share perasaan dan minta pendapat jua sokongan daripada respected readers. Honestly speaking, awal-awal bekerja memang rasa seronok dan teruja.

Yelah, kerjaya famous kan (kononnya). Rasa macam dream comes true. Berjaya mendapat apa yang diimpikan sejak kecil. Boleh jelajah macam-macam negara. Boleh peragakan uniform lawa, pakai cantik-cantik, kenal ramai penumpang. Syok memang syok tapi sebenarnya hati aku terasa kosong. Ada yang kurang. Gelisah semacam.

Semakin hari semakin sedih dan sebak dengan kerjaya aku. Terasa diri ini sangat hina dan jahil. Akhir-akhir ini aku terfikir, sampai bila aku akan buat kerja macam ini? Aku akui, pernah juga serve air haram kat passengger atas dasar tugas. Pakai agak seksi atas dasar tugas. Melayan passenger tak kira lelaki atau perempuan atas dasar tugas. Semuanya aku guna alasan atas dasar tugas. Sampai bila? Aku rasa benci sangat dengan diri ini, rasa kotor dan jijik.

Bercakap tentang passengers, agak-agak siapa yang aku paling suka layan? Tan Sri? Datuk? Y.B? Bussinessman? Artis? Salahhhh! Semua salah! Jujur aku cakap, passenger yang paling aku suka layan adalah jemaah Haji atau mereka yang nak mengerjakan umrah. Tenang dan sejuk sangat muka diorang. Jernih dan berseri je. Aku rasa cemburu betul.

Sejak tengok merekalah aku jadi terfikir apa nasib aku. Macam mana kalau aku mati di atas sana dalam keadaan aku sekarang. Warga emas yang tak larat bertongkat pun bersemangat nak pergi tanah suci. Walhal aku yang muda dan kuat lagi pun belum jejakkan kaki kat sana lagi. Kanak-kanak kecil pun ada sekali, untung sangat mereka. Aku layan mereka betul-betul, aku lemparkan senyuman seikhlas hati kepada mereka, tak putus-putus aku berdoa supaya aku pun dijemput menjadi tetamu di tanah suci.

Aku benar-benar berharap larangan minuman keras di dalam kapal terbang akan cepat dikuatkuasakan. Juga sangat-sangat berharap pakaian stewardess akan lebih sopan dan menutup aurat. Tapi, aku tak tahu bila benda ni akan menjadi realiti. Mungkin ajalku datang terlebih dahulu. Aku takut.

Therefore, for the sake of my creator and sacred religion, i’m leaving this career. I strongly believe, rezeki Allah itu luas. Allah tidak akan hampakan hamba-Nya. Moga Dia kuatkan aku dan bimbing aku meneruskan langkah baru ini. 2019 onwards will be my blessed journey. Tolong doakan aku ye kawan-kawan.

Sekian, terima kasih. Iium

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *