“Nazar Untuk Anak Kedua,” – Hairul Azreen Relakan Hati Jual Kereta Mewah & Motorsikal Kuasa Tinggi

Pelakon filem Paskal, Hairul Azreen awal malam tadi ada memuat naik foto kenangan sebuah kereta dan motorsikal berkuasa tinggi yang dibelinya tidak lama dulu menerusi Instagram.

Bagaimanapun, atas faktor bernazar, pelakon berusia 30 tahun itu sanggup menjual dua ‘permainan’ kegemarannya itu, demi keluarga tercinta.

“Nazar saya untuk anak ke-2 jual superbike & super car. Demi keluarga dan saya telah jual pun #HarapDapatBeliBasikalBaru (last tu hanya tambahan) hahaha #FamilyFirst,” tulisnya.

“Nazar Untuk Anak Kedua,” – Hairul Azreen Relakan Hati Jual Kereta Mewah & Motorsikal Kuasa Tinggi

Komen followers :

ellyraffihudson
Pengorbanan seorg ayah

harry_sarawak
Pakai keta biasa2 saja cukup la….bersyukur….ada lebihan RM tu simpan…..biarlah apa org nak kata pun…..

johor_crawler_team
beli landorver pulak boskur, bawak family overland masuk hutan santai2 mandi sungai

zulaikha.8887
elokla jual. anak 2 dah kena pakai family car..not sport car anymore

Terdahulu, isterinya yang juga merupakan seorang pelakon, Hanis Zalikha kini sedang sarat mengandung tiga bulan.

“Nazar Untuk Anak Kedua,” – Hairul Azreen Relakan Hati Jual Kereta Mewah & Motorsikal Kuasa Tinggi

Berita pengumuman tersebut telah dilakukan Hairul pada 1 November lalu menerusi Instagram.

Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Yusuf Iskandar.

Foto: Instagram Hairul azreen via Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *