Kapsyen pelakon Almy Nadia yang kini sedang meneruskan misi menurunkan berat badannya menarik perhatian peminat.
Menerusi Instagramnya, Almy memuat naik foto makanan berpantang dengan kapsyen sinis seolah-hilang hilang sabar dengan komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya.
“Day 39 pantang… Yes you can do it Almy Nadia… Brown rice + carrot + ayam rebus, no salt, no garam, semua tak ada rasa…
“Potong habis. Potong gula, potong garam, potong minyak, semua potong lantak, last-last susu drop. Hampa semua nak sangat aku kurus kan. Ambik kau orang semua… Mampos lantak…” tulisnya.
Ternyata kapsyen luahan Almy itu mengundang kerisauan peminatnya.
Menerus ruangan komen, rata-rata peminat meminta Almy bersabar dan melakukan diet secara sihat dan tidak terlalu drastik kerana khuatir akan menjejaskan kesihatan dirinya.
“Kalau kita jadi akak, susu anak no1, orang nak kata p lantak la… Sampai ke sudah memang kerja suka ngata je… Kita pun anak 3 baru lepas pantang orang ngata badan tak kuruih… Lantak p laaa janji anak cukup susu,” komen @aziezahrazak
“Kurus dengan sihat lah awak. Sian baby. Kita pun lepas beranak turun 30kg tapi makan sedap… Susu pun Alhamdulillah, kurus dengan ilmu… Sure cantik nanti. Awak kan cantik,” nasihat @ct.fitmom
Foto: Instagram @fizzalmy