Subhanallah, Kepanasan Melampau Sehingga Peta Cuaca Menjadi Hitam Dan Jalaraya Cair. Rakaman Masak Telur Tidak Perlu Guna Api Menjadi Tular Di Australia

Australia kini ber­de­pan dengan cuaca panas paling buruk dalam tempoh 80 tahun, menyaksikan suhu meningkat sehingga 40 darjah Celsius dalam masa enam hari berturut-turut di seluruh negara.

Portal Mail Online melaporkan, cu­a­ca panas melampau itu menyebabkan beberapa jalan raya menjadi ‘cair’ serta banyak haiwan m4ti dan kebakaran hutan semakin merebak di New South Wales dan Victoria.

Keadaan itu menyaksikan ratusan penduduk di negara ini memenuhi kawasan pantai Bondi di sini bagi menyejukkan badan daripada suhu panas.

Pekan Noona di New South Wales dilaporkan mencatat suhu minimum setinggi 35.9 darjah Celsius kelmarin, sekali gus menjadi rekod terbaharu di seluruh Australia.

Sekurang-kurangnya lima da­ripada 10 hari terpanas di ne­gara ini direkodkan pada minggu lepas, dengan hari pa­ling panas direkodkan pada 7 Januari 2013 apabila purata suhu mencecah setinggi 40.3 celsius.

SAMPAI JALAN RAYA CAIR KERANA TERLALU PANAS ..

Pakar iklim di Biro Meteoro­logi Australia, Simon Grainger berkata, berdasarkan tahap dan jangka masa, situasi terkini menunjukkan gelombang panas telah menjejaskan kawasan daratan di timur Australia.

Sehubungan itu, pihak ber­kuasa mengeluarkan berpuluh-puluh amaran yang menyeru semua pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati kerana kenderaan lebih mudah rosak dalam keadaan cuaca yang panas melampau.

Jabatan Bomba New South Wales pula melaporkan, pasukannya bertungkus-lumus memadamkan lebih 60 kebakaran dengan 13 larangan pembakaran dikuatkuasakan di seluruh negara.

Tiga kanak-kanak di barat daya Sydney terpaksa dima­suk­­kan ke hospital kerana ke­lesuan serta muntah melam­pau manakala 16 lagi di Australia Selatan dirawat kera­na pelbagai penyakit akibat suhu panas.

Selain itu, perkhidmatan tren di Sydney memaklumkan, jadual perjalanan mungkin ter­jejas susulan suhu yang semakin meningkat.

Agensi kaji cuaca meramalkan suhu akan bertukar lebih sejuk di beberapa buah bandar utama Australia pada hujung minggu ini, berserta hujan. – UTUSAN ONLINE

CUACA TERLALU PANAS SEHINGGA MEREKA MEMASAK HANYA GUNAKAN MATAHARI SEBAGAI ‘API’

MASAK DAGING DALAM KERETA


Suhu mencecah sehingga 40-50 darjah celcius dan ini antara yang tertinggi tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *