Lelaki Ini Beri Ulasan Komen Paling Jujur Tentang XX RAY 3 Sehingga Aziz M Osman Masuk Dan Komen

XX RAY, satu filem yang boleh dikategorikan antara pelopor filem CGI dalam Malaysia dan antara filem legend yang setanding dengan filem Box Office yang lain.

Yang lahir tahun 80an pasti ingat XX RAY 1 dan 2, dengan ramai ramai pergi ke panggung REX atau Capitol di Jalan Tunku Abdul Rahman dan ketika itu panggung wayang penuh dengan penonton.

Karya Aziz M Osman memang diantara yang terhebat. Selain XX RAY, beliau mengarahkan Senario yang juga menjadi fenomena. Admin ingat lagi, Senario 2 sampai 3 kali admin pergi ke TGV Bukit Raja, Klang untuk tonton sebab cerita tu kelakar sangat sampai sakit perut.

Tetapi adakah XX RAY 3 mampu menandingi filem filem Aziz M Osman yang sebelum? Beliau dikritik hebat selepas trailer XX RAY 3 dikeluarkan. Rata rata beri komen negatif tentang CGI yang seperti takde bajet langsung.

Kekurangan CGI dalam XX Ray III, Aziz M. Osman fokus penceritaan.

Persepsi penonton sudah tentu tertanya-tanya apakah plot kali ini mempunyai kesinambungan daripada dua filem sebelumnya.

Namun Aziz berkata, sekuel kali ini tidak memfokuskan topi ikonik yang pernah digunakan dalam sekuel pertama dan kedua sebelum ini.

“Kali ini ada buku nota yang diberikan pada anak muda untuk diperbaharui. Tidak timbul topi ikonik yang hanya muncul pada akhir cerita untuk menjawab pada terjadi pada topi itu,” katanya pada sidang media selepas tayangan perdana filem XX Ray III di Mutiara Damansara

Sebagai pembikin filem, Aziz mahu melihat sambutan penonton kelak meskipun mengakui teknologi imej janaan komputer (CGI) yang digunakan dalam filem ini mempunyai kekurangan.

“CGI masih kurang sebab bajet kurang. Saya cuba seadanya yang mampu dilakukan untuk filem ini.

“Perkara ini sebenarnya tidak mengganggu saya kerana rujukan pada filem lepas seperti Laksamana Do Re Mi di mana Tan Sri P. Ramlee menggunakan tikar terbang dengan teknik ‘super imposed’ walaupun pada ketika itu kemajuan filem Hollywood lebih kehadapan tetapi filem P. Ramlee itu tetap diterima peminat,” katanya.

Aziz menekankan aspek jalan cerita sangat penting dalam sesebuah filem.

“Kesimpulannya, penonton kita faham dengan situasi ini. Saya faham dengan kekurangan pada XX Ray III ini dan kami cuba sedaya upaya memberi apa yang mampu kami lakukan tapi yang penting sekali bukan tentang alat tapi bagaimana penceritaan terutama pembangunan karakter, itu yang saya ketengahkan.

“Jika ada rezeki filem ini dapat sambutan, insha Allah kita lanjutkan dengan XX Ray 4 dengan tajuk lebih baik,” katanya.

XX RAY 3 TERUK KENA HENTAM

Selepas XX RAY 3 mula ditayangkan di pawagam, reviewer reviewer filem mula pergi untuk melihat karya Aziz M Osman. Seorang reviewer yang lebih dikenali sebagai Zhaf membuat ulasan di channel Youtube beliau ( Pure Pixels ).

Apa yang di ulas memang mengecewakan. Kritikan beliau terhadap filem XX RAY 3 ( Aziz M Osman ) terlalu kuat sehingga Aziz M Osman sendiri datang komen.

Mari lihat review Zhaf Pure Pixels dahulu ..

Tidak lama selepas itu Aziz M Osman tinggalkan komen ..

“Assalammualaikum. Terima kasih Zhaf diatas review yg sangat ‘menusuk kalbu’. Sebagai pembikin filem, sememangnya saya mesti mendengar keluh kesah kritikan penonton dan saya terima seadanya.”

Kebanyakkan komen netizen yang telah melihat filem Aziz M Osman ini turut meluahkan rasa kecewa. Ada juga yang memuji.

Diharap sekiranya ada rezeki XX RAY 4 akan datang, tolong buat sebaik munkin dan bukan sekadar lepaskan batuk ditangga.

Artikel BY : KL Viral

Sumber Rujukan: Astri Awani , Pure Pixels Youtube

Notakaki: Nak tengok ke tak nak tengok ke tunggu Astro je .. ermm .. dilemma ni …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *