Pelik Bila Barang Bergerak Dalam Kotak Poslaju, Sekali Dia Pos Jengl0t

Apa perasaan korang kalau tiba-tiba satu hari tu korang terjumpa makhluk Jenglot kat dalam kotak?

Seram weh! Memang terus berlari pecut lah jawabnya. Itulah apa yang terjadi kepada beberapa orang pekerja Pos Laju

Dalam kesibukan pekerja poslaju mengasingkan bungkusan yang dipos orang ramai, tiba-tiba satu bungkusan berhampirannya bergerak-gerak seakan ada benda hidup dalam kotak tersebut.

Mengikut syarat poslaju barangan atau bungkusan yang dipos tidak dibolehkan benda-benda yang berbahaya mahupun bernyawa.

Pelik Bila Barang Bergerak Dalam Kotak Poslaju, Sekali Dia Pos Jengl0t

Pekerja Pos Laju Malaysia terkejut besar apabila mendapati salah satu kandungan yang terdapat di dalam bungkusan adalah tidak seperti yang dijangka.

Menurut sumber dari seorang pengguna FB Mohd Zaidi Bin Desa, pekerja-pekerja tersebut mendapati bahawa satu bungkusan yang dihantar telah bergerak secara tiba-tiba.

Mereka berasa curiga dan mengesyaki pasti ada sesuatu yang ‘bernyawa’ di dalam bungkusan tersebut.

Rasa curiga, bungkusan pelanggan yang bergerak-gerak ketika diimbas, pekerja Pos Malaysia membuka bungkusan pelanggannya dan terkejut apabila menemui benda mistik.

‘Pekerja Pos Laju tengok dok bergerak-gerak bungkusan itu semasa tengah scan. Depa syak ada sesuatu benda hidup dalam tu. Bila buka, memang ada makhluk dalam tu,’ tulisnya.

Pelik Bila Barang Bergerak Dalam Kotak Poslaju, Sekali Dia Pos Jengl0t

Pada masa sama, netizen turut mempersoalkan tindakan kakitangan Pos Malaysia yang membuka bungkusan pelanggannya.

Namun, tampil beberapa individu menjelaskan bahawa, kakitangan boleh membuka sesebuah bungkusan itu jika bungkusan itu didapati mencurigakan, terlarang, atau tiada dalam terma dan syarat Pos Malaysia.

Apa itu Jenglot?

Jenglot adalah suatu mahluk misteri berbentuk seakan-akan manusia kecil yang berambut panjang, berkuku dan bergigi tajam. Terdapat juga makhluk Jenglot yang berbentuk separuh manusia dan separuh haiwan seperti ular, buaya, dan sebagainya.

Jenglot mula dikenali sejak zaman nenek moyang kita dahulu. Dan hingga ke hari ini, masih ada masyarakat yang mempercayai makhluk ini memiliki kekuatan magik yang tersembunyi.

Dalam pada itu, ramai yang hairan dan tidak menyangka ada orang menghantar Jenglot menggunakan khidmat Pos Laju

Pelik Bila Barang Bergerak Dalam Kotak Poslaju, Sekali Dia Pos Jengl0t

Pelik Bila Barang Bergerak Dalam Kotak Poslaju, Sekali Dia Pos Jengl0t

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) tidak menerima bungkusan mengandungi barangan larangan serta boleh memudaratkan, malah pengirim boleh didakwa di mahkamah.

Jurucakap Pos Malaysia berkata, antara bahan larangan adalah bahan letupan, mudah terbakar, bersifat najis, memudaratkan dan senjata tajam.

Selain itu, senjata dan komponen yang berkaitan, dadah berbahaya kecuali pengeluaran yang mempunyai lesen eksport termasuklah narkotik serta psikotropik yang ingin dihantar bagi tujuan perubatan atau saintifik kepada negara yang membenarkannya diklasifikasikan sebagai barang larangan.

Menurutnya, barangan lain seperti yang bersifat mudah rosak jika terdedah kepada udara terutama cuaca tropika atau sub-tropika perlu disimpan di dalam bekas tertutup kedap udara semasa penghantaran ke sesuatu destinasi bagi melindunginya juga tidak diterima untuk penghantaran.

“Barangan dalam bentuk bungkusan yang mana boleh mendedahkan kakitangan pos kepada bahaya, kekotoran, kerosakan barangan pejabat, barangan pos atau boleh menjejaskan operasi pos juga tidak dibenarkan.

“Kami tidak menerima surat menyurat yang mengandungi tiket loteri atau iklan hadiah atau pengumuman yang lain dan apa jua untuk tujuan loteri awam, cabutan bertuah serta urus niaga perjudian lain.

“Syiling dan mata wang, sekuriti termasuk dibayar kepada pembawa, nota bank atau mata wang asing, bahan radioaktif sama ada dalam bentuk pepejal, cecair, gas dan corak komunikasi melampau tidak diterima.

“Bahan cetakan tidak bermoral pada seperti gambar, buku, seni rekaan atau pada tanda pembungkus yang berunsur tidak senonoh, kesat atau lucah tidak diterima,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu menyebut, antara prosedur pengeposan domestik termasuk memastikan maklumat pengirim, penerima dan pengisytiharan isi kandungan dibuat dengan tepat serta lengkap pada nota konsainan pos laju, nota konsainan Pos Laju.

Maklumat itu perlu dilekatkan dengan sempurna padaflyer atau kotak dan barang yang hendak dikirim dibungkus atau dibalut dengan sempurna, selamat serta memenuhi ciri keselamatan melindungi kandungan barang semasa kendalian secara biasa sepanjang proses pengeposan.

Katanya, setiap hari, purata barangan yang dipos antara 370,000 hingga 400,000 dan petugas perlu memastikan isi kandungan bungkusan atau surat tidak mengandungi bahan larangan.

Sumber dari Says.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *