‘Instafamous’ sempoi berwajah kacak, rupanya Chazynash kerabat diraja negeri Utara

Instafamous dan juga YouTuber terkenal Malaysia Chazynash, mungkin sudah tidak asing lagi kepada para pengguna media sosial khususnya para remaja.

Berbekalkan wajah kacak dan perwatakkan yang ‘gila-gila’ menerusi video yang kerap dimuat naik ke Instagram dan YouTube, Chazynash mudah meraih populariti di media sosial sehingga diberi peluang berlakon bersama isteri dan rakan-rakannya di salah satu sitkom di NTV7.

Namun, siapa sangka bahawa Instafamous ini merupakan kerabat diraja negeri Perlis.

Kerabat rupanya…
Menerusi satu foto yang dimuat naik di Instagram Malaysia Royal Family, Chazynash dilihat bergambar bersama beberapa orang lagi kerabat diraja Perlis.

Status yang disertakan dengan foto tersebut turut menyatakan nama sebenar Chazynash yang mempunyai gelaran diraja.


Baru tau hang ni kerabat diraja Peghlih!
Sikap Chazynash yang mesra dan ‘sempoi’ itu nyata mengejutkan netizen dengan kedudukan sebenarnya dalam institusi diraja Perlis.

Netizen turut memuji sikap humble yang dibawa oleh Instafamous ini disebabkan ramai tidak menyedari bahawa dia merupakan orang kenamaan yang mempunyai gelaran yang tinggi dalam negeri.

Sumber : Instagram Malaysia Royal Family, Instagram Chazynash

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *