Ibu dan anak orang utan tersesat. Bukan dibantu malah disek5a orang kampung

GARA-GARA habitatnya sudah ter4ncam dan sebahagian besar kini berubah menjadi kebun kelapa sawit, seekor ibu orang utan di Kalimantan bersama anaknya yang kelaparan berjalan keluar dari hutan untuk mencari makanan.

Dalam keadaan lapar, si ibu tidak sedar sudah berjalan terlalu jauh sehingga sampai ke kawasan perkampungan manusia. Nalurinya tidak lain hanya mahu mencari makanan untuk puterinya.

Namun apabila terserempak segelintir penduduk desa yang melihat kehadiran dua ekor makhluk anak beranak itu, nampaknya mereka tidak dianggap sebagai kawan, sebaliknya dilayan seperti tetamu tidak diundang sekaligus mencetuskan peristiwa yang meng3rikan.

Ibu dan anak orang utan tersesat. Bukan dibantu malah disek5a orang kampung
Penduduk kampung pada awalnya dikatakan bertindak memb4ling batu bertubi-tubi ke arah kedua-dua haiwan malang itu. Sang ibu yang dalam kelaparan itu hanya mampu bertahan sambil memeluk puterinya, sebelum satu pukulan batang kayu hinggap mengakibatkan ibu orang utan itu l0nglai tidak berdaya.

Orang kampung berusaha merebut anak orang utan itu dari pelukan ibunya. Si ibu meskipun dalam keadaan lemah tidak berdaya masih terus memeluk erat dan mempertahankan anaknya, sebelum akhirnya si ibu terkulai akibat dipokul terus menerus.

Anaknya terlepas dari pelukan, manakala si ibu kemudian diikat dan diseret oleh beberapa lelaki seterusnya ditenggelamkan dalam sebatang sungai. Setelah puas cuba dilem4skan, baru lah ibu orang utan itu diangkat dari sungai. Keadaannya masih hidup, tetapi semakin lemah tidak berdaya.

Namun nampaknya pendritaan si ibu orang utan yang menanggung pender4an itu masih belum berakhir. Dalam keadaan longlai, ia tetap diikat bersama dengan puterinya yang terjerit-jerit dan meraung ketakutan sebelum dimasukkan ke dalam kandang.

Entah apa yang ada di dalam fikiran manusia-manusia ini. Dua haiwan yang tidak berdaya ini dijadikan tontonan sedemikian rupa. Anak orang utan itu terus menjerit-jerit ketakutan, sambil merapatkan badan ke tubuh ibunya.
Ibu dan anak orang utan tersesat. Bukan dibantu malah disek5a orang kampung
Si ibu pula sangat lemah, beberapa ketika sempat membuka mata berusaha memeluk puterinya, saling tak tumpah seperti seorang ibu manusia mahu menenangkan anak yang sedang dalam ketakutan.

Dalam keadaan lapar, dipukul dan dil3maskan di dalam sungai, akhirnya aj4l menjemput ibu orang utan itu. Apa yang lebih menyedihkan, puterinya yang kecil itu terus memeluk ibunya, tanpa menyedari bahawa tubuh yang terdiam dan terbujur kaku itu, sudah tidak mampu membalas pelukannya lagi buat selamanya.

Kisah ini diadaptasi dari kisah yang dikongsikan 3 hari lalu oleh Christian Joshuapale salah seorang aktivis pencinta haiwan dari Indonesia menerusi akaun instagram.

Komen Dari Pengguna Media Sosial Malaysia dan Indonesia

– @scnur maaf sebelumnya, gk smua org kalimantan sperti itu. Sya jg org kalimantan tp tak ada dibenak sya sejalan dgn kekerasan terhadap binatang sperti itu. Hnya sebagian org yg tak berotak melakukan hal kya gtu

– Tolong ya pak orang seperti ini mungkin ada ganjarannya malah penjara pun tidak pantas orang seperti ini,Karna memperlakukan seperti ini pun mereka tidak ada pikirannya sama sekali tidak kasihan populasi orangutan semakin punah bukannya di jaga malah disiksa ya Allah ga tega saya liatnya pak @jokowi saya baca caption nya aja udah sedih apalagi saya melihat langsung kondisi nya seperti apa:((( #saveorangutan @kementerianlhk

– Sebab puak2 anat cam ni la akibatkan industri sawit dunia kena boikot.. Yang mana satulah lagi binatang?

– Jgnlarh d seksa binatang,.die pn ade hak utk hidup.binatang yg traniaya pn doa die dmakbulkn.

– Puak kalimantan adalah puak2 yg majoritinye amalkan kepercayaan2 karut… Kemungkinan sbb orang utan ini diseksa juga berpunca dr kepercayaan karut spt membawa sial dll…

So xharan la Allah menempatkan mereka2 ni di kawasan yg byk bala bencana… sbb sikap2 mereka sndiri mengundang bala…. Sbb tu org malas nk tolong jika sessuatu bencana timpa mereka…

Tapi akibat segelintir puak2 ni juga buat org2 yg baik pun terima kesannye….

Sumber dari Milo Suam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *